daun ~ sejenis tumbuhan (herba yang boleh dibuat ubat), Eclipta alba.
sipedas
[Minangkabau] halia.
sipesan
sepesan.
sipi
tidak tepat kenanya (pukulan, tembakan, dan lain-lain), tidak kena betul, menyerempet:
penumbuk itu singgah ~ ke pipi Malek;
biar ~ asal jangan tepat (sesat) (peribahasa)
a) biarlah rugi sedikit asalkan jangan rugi banyak;
b) jika sudah mengalami susah (rugi dan lain-lain) hendaklah diikhtiarkan supaya jangan terlampau sangat;
menyipi mengenai tepi (pinggir) sahaja.
sipil
[Indonesia-Belanda] orang awam (bukan tentera):
ia datang ke baris depan, tempat duduk para pembesar dari pihak ~, polisi dan militer;
hukum ~ undang-undang mengenai orang awam, undang-undang awam;
pemerintahan ~ pemerintahan oleh orang-orang awam (bukan tentera);
perang ~ perang saudara;
perkara ~ perkara dalam mahkamah mengenai hal-hal umum (bukan perkara jenayah dan lain-lain).
sipir
[Indonesia-Belanda] penjaga penjara;
sapir II.
sipoa
sempoa.
sipon
[Indonesia-Belanda];
kain ~ sejenis kain (cita).
sipongang
[Minangkabau] gaung, gema;
bersipongang bergaung, bergema:
bunyi itu ~ ke setiap penjuru perkebunan.
sipu I
tersipu-sipu = malu ~ = kesipuan, kesipu-sipuan malu sekali:
Hasnah ~ tunduk kemalu-maluan;
mereka itu pun kesipu-sipuan malu.