singkat

1. tidak panjang (waktu, umur, dan lain-lain), pendek:
kunjungannya sangat ~;
kain pendek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng;

2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dan lain-lain):
Besok aku ke mari lagi, katanya ~, lalu melangkah hendak pergi;

3. [kiasan] picik atau cetek (fikiran dan lain-lain):
orang-orang yang ~ pemikirannya dan yang sangat tamak terlalu ramai;~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik;
~ bayang alamat tidak panjang umur;
~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya;
~ pengetahuan lekas mati;
~ sungu [Minangkabau] (orang yang) pemarah;
~ tangan orang yang kedekut (kikir);
~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati;
~ diulas, panjang dikerat (peribahasa) yang kurang hendaklah ditambah sedangkan yang lebih hendaklah dikurangkan;
~ tidak terulas, panjang tidak terkerat (peribahasa) tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati;
senteng dibilai, ~ diulas (peribahasa) yang kurang ditambah dan yang pendek disambung;

menyingkatkan
1. menjadikan singkat (pendek dan lain-lain), memendekkan (waktu dan lain-lain):
kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu;

2. meringkaskan (karangan dan lain-lain), mengikhtisarkan;

mempersingkat menjadikan lebih singkat;

singkatan, kesingkatan sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan:
~ seperti pak dari bapak, bu dari ibu, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa;

penyingkatan perihal menyingkatkan.

singki

penadah air paip tempat membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain (daripada tembikar, aluminium, dan lain-lain)

singkil II

berasa tidak enak bagi pendengaran (seperti mendengar batang buluh bersanggit, besi dikikir, dan lain-lain), berasa tidak enak kerana terlalu masam (hingga mengilukan gigi), ngilu.

singkir

menyingkir
1. mengelak, menghindar, menepi, menyisi:
setiap orang ~ dariku;
orang berbadan gemuk yang berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi;

2. menyelamatkan diri (ke tempat yang lebih aman), mengungsi;

3. [kiasan] tidak memakainya lagi (adat lama), membuang:
akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yang berlainan dan aneh itu;

4. = menyingkirkan mengelilingi atau mengedari sambil berjengkek-jengkek (seperti ayam jantan ketika hendak mengawan);

menyingkiri
1. menjauhkan (menghindarkan) diri dr:
~ bahaya;

2. [kiasan] tidak memakainya atau menggunakannya lagi (dalam berbagai-bagai erti), membuangi:
segala ungkapan yang dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri;

menyingkirkan
1. menjauhkan (menghindarkan) dr:
pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan;
~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota;

2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan:
untuk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri;
sekularisme ~ nilai-nilai yang diperoleh dalam usaha-usaha untuk mencari objektiviti dan ilmu yang dapat dimanfaatkan;

3. menyelamatkan ke tempat yang lebih aman, mengungsikan;

4. [kiasan] menjatuhkan (orang dari jawatannya), mengeluarkan (orang sebagai ahli sesuatu badan dan lain-lain):
parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yang terlibat dalam perarakan haram itu;

5. [kiasan] menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi:
setiap orang yang menentang Hitler disingkirkan;

6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (seperti ayam jantan mengedari ayam betina);

tersingkir
1. sudah disingkirkan (diberhentikan, ditolak, dan lain-lain), terbuang:
setelah ~ dari parti politik, ia cuba bergiat dalam badan kebudayaan;

2. terluput (terhindar) dr, dijauhkan (dipisahkan) dr:
kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam;

3. terasing (terpisah) dr, terbuang:
dia tidak mahu melihat Murad ~ dari keluarganya;
selagi tidak ~ kuasa asing dari bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati;

penyingkiran
1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan:
dalam rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan;

2. pengungsian;

penyingkir = kaum ~ pengungsi.