[arkaik] sanggit.
singguh
bersingguh bersentuh bahu (kerana terlalu rapat), bertempuh;
sigung I, singgung I.
singgul
menyinggul menyondol ke tepi.
singgung I
bersinggungan bersentuhan dengan siku, berhantukan;
menyinggung
1. menolak (menghentak, memukul) dengan siku, menyenggol, menyigung:
ia kelihatan ~ kawan-kawannya dengan siku;
2. mengenai sedikit, menyentuh;
3. menyebut-nyebut sesuatu (dalam ucapan, karangan, dan lain-lain), membicarakan sedikit, menyentuh:
jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yang disinggung secara sepintas lalu;
4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dan lain-lain):
perkataannya selalu menyebut hal yang kadang-kadang ~ hati isterinya;
5. menodai (nama baik seseorang dan lain-lain):
dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dengan sewenang-wenangnya;
~ mata bisul orang (peribahasa) menyakiti hati orang lain dengan sindiran dan lain-lain (dalam sesuatu perjumpaan dan lain-lain);
tersinggung
1. terkena, terjamah, tersentuh;
2. disakiti hati (terhina dan lain-lain):
kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk;
mudah ~ mudah sakit hati;
~ lebih bak kena (peribahasa) mudah berasa hati.
singgung II
[Jawa] sejenis musang yang berbau busuk, sigung, Mydaus meliceps.
Singh
sebahagian daripada nama orang Sikh, yang menandakan ia seorang lelaki.
singit
[Minangkabau];
menyingit
1. menyelak (membuka, menyingkap) sedikit;
2. tampak (kelihatan) sedikit;
tersingit
1. terselak sedikit (kain selimut dan lain-lain), terbuka, tersingkap;
2. kelihatan sedikit (bulan dan lain-lain), terserlah.
singkak
[Minangkabau] singkap.
singkal
sungkal.
singkap
menyingkap, menyingkapkan
1. membuka (selubung, pakaian, penutup, dan lain-lain), menyelak:
ia ~ selimut yang menutup kepala anaknya;
ada yang menengok dari kisi-kisi, ada yang menengok dari tingkap, ada yang ~ atap;
2. [kiasan] membongkar atau membuka (rahsia dan lain-lain), mendedahkan (sesuatu):
beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yang tidak disukai;
sajak-sajak A. Wahab Ali ada yang boleh diterima sebagai panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yang sebenarnya;
3. [kiasan] menceritakan kembali (perkara yang telah lalu, sejarah, dan lain-lain):
perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yang telah lalu;
singkap daun, ambil isi (peribahasa) berkata-kata dengan terus terang (tidak berbelit-belit);
tersingkap
1. terbuka, terselak:
maka tirai pedati Sumirah pun ~;
2. [kiasan] terbongkar (rahsia dan lain-lain);
~ hati ki suka (senang) hati;
penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan:
~ dengan bersandarkan pengetahuan yang lalu.