sindir

= sindiran perkataan dan lain-lain yang digunakan untuk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dengan terus terang, kiasan:
banyaknya ~ kedengaran;
mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yang mengandungi sindiran itu;
~ kiasan
= sindir-sind

sindrom

kumpulan gejala atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (seperti sesuatu keburukan, masalah, dan lain-lain):
tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini;
Menteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di kalangan golongan profesional;
~ Down
(Perubatan) kecacatan sejak lahir yang dicirikan oleh kepala dan muka yang lebar, mata yang sepet, hidung yang kemek, tangan dan kaki yang pendek dan daya berfikir yang lembap.

sineresis

(Kimia) proses pengecutan bahan bergel, seperti gelatin dan agar-agar, yang disertai dengan pengeluaran cecair.

sinergi

1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan lain-lain untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan;

2. usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

sinergisme

keadaan apabila kesan tindakan gabungan dua komponen atau lebih menghasilkan nilai yang lebih baik dibandingkan dengan tindakan komponen tersebut secara bersendirian.

singa I

sejenis binatang buas, Panthera leo;
~ laut
sejenis anjing laut, Zalophus californiasus;
(penyakit) raja ~
sejenis penyakit yang berbahaya, sifilis;
hendak ~ di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput = lebih baik seekor ~ di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput (peribahasa) lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit;

menyinga [kiasan] memberang, meradang:
ia memandangnya dengan muka ~.