sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan): Malaysia dan Brunei mungkin dapat berkongsi ~ untuk melatih juruterbang pesawat pengebom Hawk.
simuntu, simuntus
[Minangkabau] kanak-kanak yang bertopeng atau yang berconteng muka dengan arang (dalam perarakan tabut).
sin
1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);
2. huruf ke-13 abjad Jawi.
sinaga
sejenis penyakit kulit (kulit menggelembung dan berisi air), Herpes zoster.
sinai
~ anjing sejenis tumbuhan (rumpai), getah puyuh, lancung, pepinang, rumput babi, sayung tikus, tampuk gelang (kelang, relang), Leptaspis urceolata.
sinalinkawang
motif anyaman kaum Murut di Sarawak yang berunsurkan tumbuhan berbentuk daun resam.
sinambalas
corak tenunan kaum Dusun dan Kadazan di Sabah yang berunsurkan geometri berbentuk jalur tanpa ruang.
sinambung
bersinambung, bersinambungan berlanjutan, berterusan, berpanjangan:
bahasa Melayu sudah melalui proses perubahan yang panjang dan bersinambungan sehingga mencapai taraf kemantapan;
kesinambungan perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan:
tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20;
justeru yang moden itu merupakan ~ bagi yang tradisional dan yang lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya;
ketidaksinambungan perihal (keadaan dan sebagainya) tidak bersinambungan (tidak berterusan dan sebagainya).
sinampipin
corak anyaman kaum Murut di Sarawak yang berunsurkan geometri berbentuk segi tiga tepat yang condong.
Sinansari
[Minangkabau] [arkaik] Dewi Seri.