kain dalam wanita (dipakai di bawah skirt, kain kembang, dan sebagainya).
simpai I
gelang-gelang (lingkar, bingkai) daripada rotan dan lain-lain untuk mengikat penyapu (meneguhkan sarung parang dan lain-lain):
ia berkata sambil membetul-betulkan ~ penyapunya;
bersimpai diikat dengan simpai;
siku ~ ki pemalas;
bersimpaikan menggunakan sesuatu atau diikat dan sebagainya dengan, sesuatu sebagai simpai:
sebilah parang panjang ~ rotan;
menyimpai memasang (membubuh) simpai;
tersimpai
1. telah diikat dengan simpai (penyapu dan lain-lain);
2. [kiasan] terikat dengan ketat dan kemas.
simpai II
[Minangkabau] sejenis kera, cipai, Semnopithecus melalophos.
simpan
1. [sastera lama] singkat (cerita, kisah, dan lain-lain), ringkas;
mengambil ~ meringkaskan (cerita dan lain-lain), menyingkatkan;
2. cadangan;
hutan ~ hutan yang dipelihara sebagai cadangan;
tayar ~ tayar cadangan;
bersimpan [sastera lama] berkemas-kemas, bersiap sedia:
maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ (peribahasa) orang yang tidak pandai menaruh rahsia;
menyimpan
1. menaruh di tempat yang selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dan lain-lain):
barang itu disimpan dalam stor;
2. menghimpun (wang), menabung:
seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus daripada pendapatannya;
3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dan lain-lain);
4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan:
beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yang prokomunis dalam kabinetnya;
dia lebih suka ~ rambut panjang;
5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan):
Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah;
6. memegang (rahsia) dengan teguh, merahsiakan;
7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit:
ia ada ~ seorang gundik;
8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai;
9. mengandungi, memuat:
ubat itu ~ pelbagai khasiat;
10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan:
~ kira-kira;
menyimpankan
1. menyimpan untuk;
2. menyuruh simpan kepada;
tersimpan
1. (sudah) disimpan, terkandung:
kekayaan yang ~ dalam perbendaharaan bahasa;
2. [sastera lama] terserah (terpulang) kepada:
kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita;
simpanan
1. sesuatu yang disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain):
wang ~ wang yang disimpan;
2. sesuatu yang disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan;
tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yang dipanggil untuk berkhidmat apabila diperlukan;
3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan;
penyimpanan
1. perihal menyimpan;
2. tempat menyimpan (mengumpulkan);
penyimpan orang dan lain-lain yang menyimpan:
akar ~ makanan dinamakan akar cepuk;
~ kira-kira orang yang memegang kira-kira (perniagaan dan lain-lain).
simpang
sesuatu yang melencong atau bercabang dari yang lurus, tempat jalan (sungai dan lain-lain) bercabang atau berpisah dari yang lurus:
sebuah lori berhenti tidak jauh dari ~ empat di pekan itu;
~ belahan [Minangkabau] sebahagian daripada sesuatu kaum atau cabang kaum (yang berpindah ke tempat lain, yang berjauhan tempatnya);
~ jalan cabang jalan;
~-perenang porak-peranda;
bersimpang
1. bercabang (jalan, sungai, dan lain-lain), berbelah:
di tempat itu jalan tadi ~;
2. [Minangkabau] tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dan lain-lain), berbeza (pendapat dan lain-lain);
bersimpangan bertemu tetapi masing-masing dengan haluan sendiri, berselisih jalan;
menyimpang
1. melencong dari arah yang asal, membelok ke jalan lain:
ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya;
2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dalam perjalanan), menghindar (ke tepi dan lain-lain):
jika ia bertahan kamu sekalian ~;
3. tidak menurut yang betul (ajaran dan lain-lain), menyeleweng (daripada yang ditentukan), sesat:
cara ahli hukum bekerja tidak ~ daripada ketentuan hukum;
istilah yang dibentuk tidak terlalu jauh ~ daripada istilah asal;
menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, menyesatkan;
simpangan (jalan, sungai, dan lain-lain) yang menyimpang, cabang kepada sesuatu (jalan, sungai, dan lain-lain) yang lebih besar;
persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang:
kebetulan pada ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya;
penyimpangan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyimpang (daripada sesuatu):
~ daripada tatabahasa baku bahasa Melayu.
simpang-siur
1. terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dan lain-lain);
2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku;
3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dan lain-lain);
4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik.
bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik;
simpasi
[Indonesia] [arkaik] simpati.
simpat
[Jakarta];
kesimpatan tersangkut (makanan) di kerongkong, termengkelan.
simpatetik
mempunyai atau menunjukkan belas kasihan, bersimpati:
ia melihat Aziz yang sihat, kuat dengan wajah yang ~.
simpati
1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan:
bencana seperti itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dari dalam dan luar negeri;
2. perasaan bersetuju dengan satu menyokong sesuatu idea, pendapat, dan sebagainya bagi tujuan tertentu;
bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati:
saya sangat ~ dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu.