ar-rahn

konsep perbankan Islam yang merujuk kepada kaedah pembiayaan yang melibatkan penyerahan aset sebagai cagaran sesuatu hutang.

ara

1. sejenis tumbuhan (yang termasuk jenis fikus):
~ akar, ~ batu,~ buluh, dan lain-lain;

2. sejenis tumbuhan (bukan jenis fikus);
~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides;
~ bukit
pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum;
~ lumut
akar kami;
gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum;
~ songsang
nyarang songsang, Achyranthus aspera;
bagai menanti ~ hanyut
(peribahasa) menanti sesuatu yang mungkin datang tetapi lambat, ataupun yang tidak datang-datang;
menanti ~ tidak bergetah (peribahasa) mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat;
pinjam (hutang) kayu ~ (peribahasa) jikalau meminjamkan wang kepada orang besar jangan diharap akan kembali;
tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki (peribahasa) melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pada perasaan.

Arab

1. bangsa yang berasal dari semenanjung besar barat daya Asia;

2. bahasa yang dituturkan oleh bangsa ini, yang merupakan bahasa al-Quran;

mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau sesuatu mengikut atau bertukar kepada ciri (nilai, pengaruh dan sebagainya) Arab:
kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;

kearaban (yang) memperlihatkan ciri (pengaruh dan lain-lain) Arab:
syair dagang, syair Burung Pingai, dan lain-lain mempunyai isi yang ~.

arabes

1. corak hiasan pada catan, ukiran kayu dan sebagainya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat;

2. kedudukan penari balet yang berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yang sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan.

arah

1. hala, jurusan:
ia mencari ~ datangnya suara itu;

2. maksud, tujuan:
bercakap tidak tentu ~;
~ aliran
arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun);
~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke;

searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;

arah-arah [Minangkabau] serupa, hampir sama;

berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan:
~ ke selatan;

mengarah
1. menghadap ke sesuatu arah, menghala:
pintu kota itu ~ ke sebelah barat;

2. membawa kita ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) jalan, jambatan, dan sebagainya), pergi ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) orang, kenderaan, dan sebagainya), menuju:
sebuah jambatan ~ ke Banting;
berjalan ~ ke Kajang;

3. memberi tekanan pada sesuatu hal, berat, condong:
perbincangan mereka ~ kepada hal yang lebih berat seperti masalah kemiskinan orang-orang Melayu;

4. mengepalai, mengetuai:
~ peperangan melawan pengganas komunis;

5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni seperti drama (filem dan sebagainya):
beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu;

6. menyuruh kenderaan dan sebagainya mengikut sesuatu jalan (berkenaan (dengan) polis lalu lintas dan sebagainya):
polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup;

mengarah-arahi
1. menyamai, menyerupai:
rupanya ~ ayahnya;

2. mengecamkan, menandai (melihat untuk mengenal):
~ rupa orang;

mengarahkan
1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan:
perempuan itu ~ pandangannya pada anaknya;

2. = mengarah-arahkan [arkaik] memaksudkan, memperamat-amati benar:
~ keuntungan saja;

3. memberi petunjuk, memberi perintah:
polis diarahkan bersikap sopan;

terarah
1. terhala, tertuju, dimaksudkan:
kata-katanya itu ~ kepada lawannya;

2. telah ditentukan arahnya (tujuannya):
perancangan dan perkembangan yang ~;

arahan
1. pimpinan, pengawasan:
filem ~ pengarah Hussain Haniff;

2. petunjuk, perintah:
duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dari Kaherah;
~ bank (Ekonomi) arahan pelanggan kepada bank untuk membuat pembayaran bagi pihaknya kepada bank lain;

3. [arkaik] orang yang menjadi pembantu;

pengarahan
1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan:
~ peluru berpandu;

2. perihal mengarah (memberi tekanan pada sesuatu, condong terhadap sesuatu, dan sebagainya):
~ kepada sesuatu sumber itu bergantung pada sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial;

pengarah
1. orang yang kerjanya mengarah (filem, drama, dan sebagainya);

2. orang yang dipilih untuk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dan sebagainya):
P~ Perkhidmatan dan Perjawatan;

~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yang bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dalam menasihati pengarah-pengarah lain;
~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yang juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yang mempunyai tanggungjawab tertentu, misalnya yang berkaitan dengan kewangan dan pengeluaran;
~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat;

kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dan sebagainya) yang berkaitan dengan pengarah:
sediakanlah diri dengan ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.

arai I

ukuran isi padu yang bersamaan dengan dua cupak atau 2.27 liter:
maka disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan sakar secupak itu habis.

arak I

sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman keras;
kaki ~ orang yang kuat minum arak;

pengarakan tempat membuat arak.