arak II

berarak, berarak-arakan
1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iring:
setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri;

2. bergerak beriring-iring:
awan sudah mulai ~ ke Timur;

3. datang (timbul) satu demi satu silih berganti (berkenaan (dengan) pelbagai kenangan dan sebagainya):
bermacam-macam kenangan yang ~ dalam ingatannya;
~ tidak berlari
(peribahasa) perbuatan bersama-sama yang menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan;
elok arak di hari panas (peribahasa) orang yang sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;

mengarak
1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai:
esoknya disediakan perarakan untuk ~ jenazah Raden Menteri ke istana;
~ pengantin;

2. [sastera lama] bergerak terdahulu (dalam iringan), mendahului:
bintang Timur ~ siang;

arakan, arak-arakan pawai;

perarakan
1. iring-iringan yang mengarak sesuatu, pawai:
~ tidak dapat dibawa kerana hujan;

2. usungan (kereta dan lain-lain) untuk mengarak:
Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~;

3. kumpulan orang yang berarak:
~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;
~ haram
perarakan yang diadakan tanpa kebenaran pihak yang berkuasa (seperti polis dan sebagainya);
~ raksasa perarakan yang diadakan secara besar-besaran;

pengarak
1. orang dan lain-lain yang mengarak;

2. orang atau sesuatu yang mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan;
angin ~ hujan angin yang mendahului hujan.

araknid

haiwan daripada kelas Arachnida yang mempunyai empat pasang kaki dan mata ringkas, seperti labah-labah, kala jengking dan hama.

aral

[Arab] halangan, gendala, rintangan:
kalau tidak ada ~, saya akan datang;
~ gendala
= ~ melintang = ~ menggalang halangan yang datang;

mengaralkan menyebabkan ada aral, merintangi, menggendalakan:
~ sesuatu maksud.

aram II

aram-aram, pengaram [arkaik] rangka tempat orang berdiri kalau membuat tembok dan lain-lain:
pekerjaan ini dilakukan siang malam, itulah sebabnya ~ berpasang lampu.

aram III

~-temaram kabur, suram (bulan dan lain-lain):
bulan pun ~-temaram seperti belas akan orang yang bercerai.

arang I

1. benda hitam yang rapuh, sisa kayu yang terbakar;

2. = ~ kayu sejenis bahan api yang dibuat dengan membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dalam udara yang terhad;
~ batu = batu ~ arang keras yang digali dari dalam tanah, batu bara;
~ batu lembut sejenis arang batu yang mengandungi hidrokarbon dan jirim yang menyerupai tar (terbakar dengan mengeluarkan nyalaan yang berwarna kuning dan berasap);
~ batu muda arang batu yang belum cukup matang dan belum boleh dilombong;
~ besi batu bara yang telah atau setengah terbakar;
~ para-para jelaga, sulang asap;
~ periuk jelaga pada periuk;
~ di kening = ~ di muka (peribahasa) mendapat malu;
~ habis besi binasa (peribahasa) pekerjaan yang tidak membawa hasil sedikit pun;
~ itu jikalau dibasuh dengan air mawar sekalipun tiada akan putih (peribahasa) orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya;
berkerat rotan, berpatah ~ (peribahasa) perselisihan yang tidak dapat diperbaiki lagi;
bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ (peribahasa) orang yang suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari;
jika tiada tersapu ~ di muka, daripada hidup baiklah mati (peribahasa) lebih baik mati daripada hidup menanggung malu;
kalah jadi abu, menang jadi ~ (peribahasa) kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi);
membasuhkan ~ yang terconteng di muka (peribahasa) menghilangkan malu;
terpijak benang ~, hitam tapak (peribahasa) perbuatan jahat, jahat akibatnya;

mengarang menjadi arang, menjadi hitam seperti arang;

mengarangkan menjadikan arang;

pengarangan
1. perihal menjadi arang;

2. tempat membuat arang.