[Arab] sejenis biola (memakai dua atau tiga tali), rebab.
arbei
[Indonesia-Belanda] sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), Fragaria nesca.
arbitraj
usaha membeli barang di suatu tempat untuk dijualkan di tempat lain bagi mendapatkan keuntungan;
si ~ orang yang melakukan usaha tersebut.
arbitrari
1. tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dan sebagainya), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang:
pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya;
2. (Linguistik) berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar.
arbitrasi
timbang tara.
arboreal
berkaitan dengan (hidup di, atau tinggal di) pokok:
tumbuh-tumbuhan ~;
monyet ~.
arboretum
kawasan yang ditanami dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan penyelidikan.
arborikultur
penanaman pokok, terutamanya untuk menghasilkan kayu balak.
arca
1. patung yang menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat daripada kayu, batu, dan sebagainya):
memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia;
2. bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera, imej:
melihat ~ diri sendiri di dalam cermin;
3. bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal:
dia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah;
4. bentuk cahaya yang ditumpukan pada retina mata, imej:
mata manusia menyimpan ~ sesuatu benda yang baru sahaja dipandang dalam tempoh yang pendek;
5. gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan di dalam karya sastera (terutama dalam puisi), imej;
6. (Komputer) gambar atau lambang kecil pada paparan komputer yang digunakan sebagai wakil sesuatu objek;
mengarcakan menghasilkan arca (patung):
tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;
kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca:
bentuk puncak ini agak ~ sedikit;
pengarcaan proses menghasilkan arca;
pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca:
Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yang paling giat berkarya.
ardi I
[sastera lama] gunung.