kain yang dipakai, biasanya oleh tukang masak, untuk menutupi bahagian depan pakaian supaya tidak menjadi kotor.
apron II
kawasan berpermukaan keras di terminal yang khusus untuk meletakkan pesawat udara dan kegunaan memunggah dan memuatkan barang.
aptitud
kemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang, bakat:
ujian ~.
apum
apam.
apung
1. terkatung, tidak tenggelam di air;
batu ~ batu yang tidak tenggelam (sangat ringan);
2. = apung-apung segala yang terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dan lain-lain);
~ buih timbul tenggelam;
laksana ~ dipermainkan ombak (peribahasa) peri kesusahan anak dagang yang miskin di rantau orang;
berapung, berapung-apung
1. bermain-main di atas air (dengan perahu dan lain-lain);
2. = terapung-apung;
berapungan terkatung-katung dengan banyak, berserak di atas permukaan air:
nampak banyak kayu ~;
mengapung
1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam):
sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yang tenggelam itu ~ pula;
2. melayang ke atas, terbang ke udara:
ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;
mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara:
anak itu ~ mainannya di atas air;
terapung tidak tenggelam;
terapung-apung terkatung-katung:
darah yang ~ di atas air;
~ tak hanyut, terendam tak basah (peribahasa) tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara);
~ sama hanyut, terendam sama basah (peribahasa) kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung;
asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam (peribahasa) kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka;
apungan
1. sesuatu yang berapung atau terapung-apung:
yang ada hanya ~ ais yang sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan;
2. (Ekonomi) situasi yang membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan daripada kerajaan:
kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan untuk ~ lebih bebas;
keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung;
pengapungan proses (perbuatan, usaha dan sebagainya) mengapung atau mengapungkan:
~ bangkai kapal yang tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar.
apuran
[Jakarta] longkang (parit) untuk membuang air kotor.
apus
buluh ~ sejenis tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.
aqidah
akidah.
aqiqah
akikah.