(Perubatan) penyakit yang menyebabkan seseorang jatuh pengsan kerana kerosakan pada salah satu pembuluh darahnya di bahagian otak.
aposisi
(Linguistik) kata atau frasa yang menjelaskan kata atau frasa yang mendahuluinya, misalnya Fadzli dalam frasa kawannya, Fadzli,atau Bapa Kemerdekaan dalam frasa Tunku Abd Rahman, Bapa Kemerdekaan, .
apotek
[Indonesia-Belanda] rumah ubat, kedai ubat.
apoteker
[Indonesia-Belanda] ahli ubat.
apraksia
(Perubatan) ketidakupayaan mengkoordinasi pergerakan akibat kecederaan otak.
apresiasi
1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dan lain-lain seseorang atau sesuatu pihak);
2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dan lain-lain (sesuatu karya) sastera atau seni:
kegiatan ~ sastera seperti deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota;
~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;
mengapresiasi
1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dan lain-lain), menghargai;
2. mengiktiraf dan menghayati nilai dan lain-lain sesuatu karya sastera atau seni:
pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dengan lebih bermakna dan berkesan.
APRI
akronim bagi Angkatan Perang Republik Indonesia.
aprikot
1. = buah ~ buah sejenis pokok yang isinya berwarna oren kekuning-kuningan seperti buah pic;
pokok ~ pokok yang menghasilkan buah aprikot, Prunus armeniaca;
2. warna oren kekuning-kuningan.
April
bulan keempat dalam Tahun Masihi yang mengandungi 30 hari.
aprit
aprit-apritan [Jakarta] berlari tunggang-langgang;
abrit.