1. hala, jurusan:
ia mencari ~ datangnya suara itu;
2. maksud, tujuan:
bercakap tidak tentu ~;
~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun);
~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke;
searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;
arah-arah [Minangkabau] serupa, hampir sama;
berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan:
~ ke selatan;
mengarah
1. menghadap ke sesuatu arah, menghala:
pintu kota itu ~ ke sebelah barat;
2. membawa kita ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) jalan, jambatan, dan sebagainya), pergi ke sesuatu arah (berkenaan (dengan) orang, kenderaan, dan sebagainya), menuju:
sebuah jambatan ~ ke Banting;
berjalan ~ ke Kajang;
3. memberi tekanan pada sesuatu hal, berat, condong:
perbincangan mereka ~ kepada hal yang lebih berat seperti masalah kemiskinan orang-orang Melayu;
4. mengepalai, mengetuai:
~ peperangan melawan pengganas komunis;
5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni seperti drama (filem dan sebagainya):
beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu;
6. menyuruh kenderaan dan sebagainya mengikut sesuatu jalan (berkenaan (dengan) polis lalu lintas dan sebagainya):
polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup;
mengarah-arahi
1. menyamai, menyerupai:
rupanya ~ ayahnya;
2. mengecamkan, menandai (melihat untuk mengenal):
~ rupa orang;
mengarahkan
1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan:
perempuan itu ~ pandangannya pada anaknya;
2. = mengarah-arahkan [arkaik] memaksudkan, memperamat-amati benar:
~ keuntungan saja;
3. memberi petunjuk, memberi perintah:
polis diarahkan bersikap sopan;
terarah
1. terhala, tertuju, dimaksudkan:
kata-katanya itu ~ kepada lawannya;
2. telah ditentukan arahnya (tujuannya):
perancangan dan perkembangan yang ~;
arahan
1. pimpinan, pengawasan:
filem ~ pengarah Hussain Haniff;
2. petunjuk, perintah:
duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dari Kaherah;
~ bank (Ekonomi) arahan pelanggan kepada bank untuk membuat pembayaran bagi pihaknya kepada bank lain;
3. [arkaik] orang yang menjadi pembantu;
pengarahan
1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan:
~ peluru berpandu;
2. perihal mengarah (memberi tekanan pada sesuatu, condong terhadap sesuatu, dan sebagainya):
~ kepada sesuatu sumber itu bergantung pada sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial;
pengarah
1. orang yang kerjanya mengarah (filem, drama, dan sebagainya);
2. orang yang dipilih untuk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dan sebagainya):
P~ Perkhidmatan dan Perjawatan;
~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yang bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dalam menasihati pengarah-pengarah lain;
~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yang juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yang mempunyai tanggungjawab tertentu, misalnya yang berkaitan dengan kewangan dan pengeluaran;
~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat;
kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dan sebagainya) yang berkaitan dengan pengarah:
sediakanlah diri dengan ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.