(Sanskrit) seladang, lembu hutan, banting.
Category Archives: Kamus Dewan Online
andak II
[arkaik] singkatan bagi pandak;
mengandak, mengandakkan
1. memendekkan;
~ layar menggulung layar supaya jadi kecil;
2. mengurangi;
~ belanja mengurangi belanja;
pengandak sesuatu yang digunakan untuk mengandakkan (memendekkan);
tali ~ tali untuk mengandakkan layar.
andak I
nama timang-timangan bagi anak yang keempat atau kelima.
andai kata
andainya, seandainya, andaikan.
andai II
= randai II.
andai I
= andai-andai misal, umpama;
andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata:
~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini;
berandai-andai bercakap-cakap, berunding;
mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan:
cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yang akan kaulakukan?
terandaikan dapat diandaikan:
tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yang serupa;
andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yang tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu hujah (untuk dijadikan bandingan dan lain-lain):
cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dalam hal-hal serupa itu;
berandaian mempunyai atau membuat andaian.
anda II
kata ganti diri kedua (tidak membezakan taraf, tingkat dan umur).
anda I
~ musang kantung tempat jebat (kesturi).
ancung
[Cina] pasu yang bertutup (untuk mengisi halia).
ancuk
berancuk [bahasa kasar] bersetubuh;
mengancuk berancuk.