[Indonesia-Belanda] sejenis sayur, Cichorium endivia.
Category Archives: Kamus Dewan Online
andesit
(Geologi) sejenis batuan gunung berapi yang berwarna perang atau kekelabu-kelabuan.
anderiguru
(Bugis) kepala (dalam tentera), hulubalang.
anderak
[arkaik], anderik lubang untuk menangkap gajah.
andeka II
[Jawa];
mengandeka [sastera lama] bertitah.
andeka I
(Sanskrit) daulat (tidak dipakai pada raja Islam);
kena ~ ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kepada orang yang berkuasa;
berandeka berdaulat:
memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu ~.
andas II
(Biologi) tulang kecil yang terdapat dalam bahagian tengah telinga mamalia (di antara dua tulang kecil yang lain).
andas I
tempat menaruh sesuatu yang hendak ditempa atau dipotong, landasan;
mengandaskan membuat atau memakai seperti andas.
andartu
gelaran atau panggilan yang bermaksud anak dara tua:
apa tujuan perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?
andar
mati ~
a) mati dengan tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya);
b) mati dengan tidak disembelih (berkenaan (dengan) binatang).