andan II

[Minangkabau] berkerabat (bersanak) dekat kerana perkahwinan dan bukan kerana darah keturunan (berkenaan (dengan) perempuan).

andam II

[Minangkabau];

~ karam hilang sama sekali, habis semuanya;

mengandam mengurung, memingit;

andaman yang dikurung (dipingit), pingitan;
anak ~ anak gadis yang dikurung (dipingit).

andam I

~ surai anak rambut yang dipepat;
mak ~
a) perempuan yang mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan;
b) perempuan yang kerjanya menyolek pengantin;
pak ~ orang lelaki yang kerjanya seperti mak andam;
tukang ~ orang yang kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam);
bagai anak dara mabuk ~ (peribahasa) dikatakan kepada orang yang kelihatan letih lesu dengan tidak berpenyakit;

berandam
1. memepat rambut di dahi, memepat janggut;

2. mempunyai rambut (janggut) yang dipepat;

mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dan lain-lain);
~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dengan menyolek muka, mendandan rambut dan lain-lain);

andam-mengandam hal yang berkaitan dengan mengandam:
Milah hendak belajar ~;

andaman hasil mengandam:
~ rambutnya menarik;

pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam).

andal

1. boleh dipercayai;

2. boleh dijamin mutu atau kualitinya:
data yang terakam haruslah ~;

mengandalkan
1. menaruh harapan atau kepercayaan kepada:
mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman;

2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dan lain-lain);

andalan apa-apa yang boleh diandalkan;

keandalan keadaan atau hal andal:
bank data bergantung pada ~ data;

keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan:
~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yang sebenar.