= andai-andai misal, umpama;
andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata:
~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini;
berandai-andai bercakap-cakap, berunding;
mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan, mengumpamakan:
cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa yang akan kaulakukan?
terandaikan dapat diandaikan:
tidak ~ adanya perbezaan antara dua hak yang serupa;
andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yang tidak semestinya merupakan suatu kenyataan) yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu hujah (untuk dijadikan bandingan dan lain-lain):
cakap saya ini macam andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dalam hal-hal serupa itu;
berandaian mempunyai atau membuat andaian.