bulis

(Ekonomi)

1. mengalami kenaikan harga saham (berkenaan (dengan) pasaran saham):
empat daripada lima petunjuk teknikal beralih ~;

2. pelabur yang percaya bahawa harga pasaran saham sedang meningkat.

bulir

bahagian tumbuhan bijirin, seperti gandum atau barli yang mengandungi biji, bijirin atau isi rung:
~ padi;
~ enjelai;

membulir ~ kain menggulung kain hingga tirus.

bulion

jongkong emas atau perak sebelum diproses menjadi duit syiling, barang kemas dan sebagainya.

buli-buli

1. botol (guci) kecil:
~ dakwat;

2. bahagian (alat) yang menyerupai bal lampu, bebuli:
~ jangka suhu;

3. pundi (gelembung) dalam tubuh manusia (binatang dan lain-lain) tempat udara (air, saraf, dan lain-lain);
~ kencing gelembung kencing dalam tubuh;
~ madu pundi yang mengandungi madu pada bunga;
~ udara gelembung tenggorok (pundi yang berisi udara dalam paru-paru).

buli

1. perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru;

2. = membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakuntukan dan sebagainya orang yang berkenaan;

pembuli orang yang membuli orang lain:
mahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yang menjadi ~ di jalan raya.

buletin

1. laporanberita di radio atau televisyen;

2. pengumuman rasmi tentang sesuatu perkara yang (dianggap) penting kepada orang ramai;

3. surat khabar atau risalah (yang dikeluarkan dari semasa ke semasa) oleh sesuatu pertubuhan dan sebagainya:
kumpulan ini terdiri daripada buku-buku dan ~-~ berkenaan konsep dan prinsip koperasi.

buldozer

traktor yang mempunyai bilah lebar daripada logam, digunakan untuk meratakan dan memindahkan (tanah dan lain-lain).

buldan

[Arab] [arkaik] (jamak bagi bilad) bandar-bandar, negeri-negeri;

= umulbuldan.

bulat

1. seperti bola bentuknya:
matanya yang ~ dan merah menentang mukaku;

2. bundar seperti talam atau duit syiling;

3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dan lain-lain), dengan keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu:
seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya;
kepercayaan yang ~;
~ bujur
= ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong);
~ cekung lekuk yang melengkung;
~ cembung cembung yang melengkung;
~ fikiran tetap (teguh) fikiran;
~ geter [Kelantan] bulat benar (sungguh);
~ hati
a) lurus hati;
b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh;
~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia;
~ leting [Kedah] betul-betul bulat;
~ lurus panjang bulat seperti buluh;
~ mata biji mata;
~ pipih bulat dan pipih (seperti duit syiling);
~ suara semuafakat;
~ tekad tetap hati;
~ torak bulat lurus;
nombor ~ bukan nombor pecahan;
telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun;
~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat (peribahasa) [Minangkabau] kata sepakat tercapai dengan mesyuarat;
~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan (peribahasa) [Minangkabau] sudah semuafakat benar-benar;

sebulat dengan sangat bulatnya:
keputusan ~ suara;
mereka telah ~ pakat akan pindah dari sana;

bulat-bulat
1. berbentuk bulat;

2. = bulat-mulat dengan keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dengan begitu sahaja:
ular itu menelan ~ seekor anak kambing;
Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;

membulat
1. nampak bulat:
segulung rambut pendek ~ seperti sanggul;

2. menjadi bulat:
perutnya yang ~ semakin jelas kelihatan;

membulati mengambil seluruhnya;

membulatkan
1. membuat bulat (bundar);
~ tinju mengepalkan tangan;

2. menjadikan padu, memadukan;
~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dan lain-lain) menetapkan fikiran dan lain-lain, mengarahkan fikiran dan lain-lain kepada;
~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dengan pendapat yang bulat;

bulatan sesuatu yang bulat, lingkaran:
~ bumi;
buatlah satu ~ dalam segi tiga itu;

kebulatan perihal bulat, kepaduan:
~ fikiran (muafakat, tekad, dan lain-lain);

berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu:
hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kepada anak-anak kita;

pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dan lain-lain):
pengiraan yang melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan.