1. seperti bola bentuknya:
matanya yang ~ dan merah menentang mukaku;
2. bundar seperti talam atau duit syiling;
3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dan lain-lain), dengan keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu:
seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya;
kepercayaan yang ~;
~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong);
~ cekung lekuk yang melengkung;
~ cembung cembung yang melengkung;
~ fikiran tetap (teguh) fikiran;
~ geter [Kelantan] bulat benar (sungguh);
~ hati
a) lurus hati;
b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh;
~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia;
~ leting [Kedah] betul-betul bulat;
~ lurus panjang bulat seperti buluh;
~ mata biji mata;
~ pipih bulat dan pipih (seperti duit syiling);
~ suara semuafakat;
~ tekad tetap hati;
~ torak bulat lurus;
nombor ~ bukan nombor pecahan;
telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun;
~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat (peribahasa) [Minangkabau] kata sepakat tercapai dengan mesyuarat;
~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan (peribahasa) [Minangkabau] sudah semuafakat benar-benar;
sebulat dengan sangat bulatnya:
keputusan ~ suara;
mereka telah ~ pakat akan pindah dari sana;
bulat-bulat
1. berbentuk bulat;
2. = bulat-mulat dengan keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dengan begitu sahaja:
ular itu menelan ~ seekor anak kambing;
Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;
membulat
1. nampak bulat:
segulung rambut pendek ~ seperti sanggul;
2. menjadi bulat:
perutnya yang ~ semakin jelas kelihatan;
membulati mengambil seluruhnya;
membulatkan
1. membuat bulat (bundar);
~ tinju mengepalkan tangan;
2. menjadikan padu, memadukan;
~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dan lain-lain) menetapkan fikiran dan lain-lain, mengarahkan fikiran dan lain-lain kepada;
~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dengan pendapat yang bulat;
bulatan sesuatu yang bulat, lingkaran:
~ bumi;
buatlah satu ~ dalam segi tiga itu;
kebulatan perihal bulat, kepaduan:
~ fikiran (muafakat, tekad, dan lain-lain);
berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu:
hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kepada anak-anak kita;
pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dan lain-lain):
pengiraan yang melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan.