bulus II

1. gondol, tidak berbulu, tidak berdaun (beranting);

2. tidak beranak (mandul);

3. miskin, papa.

bulus I

1. dapat masuk, lulus, tembus;

2. kena pukulan (dalam permainan pencak dan lain-lain).

bulur

= kebulur, kebulur-kebelai, kebuluran kelaparan:
harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dalam sebulan;
mati kebuluran
mati kelaparan;

mengebulurkan menyebabkan kebuluran (kelaparan):
Briggs menggunakan strategi pep

buluh

sejenis tumbuhan yang batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur;
jenis-jenisnya:
~ akar
a) sejenis buluh, Dendrocalamus pendulus;
b) sejenis buluh, Dinochloa scandens;
~ batu
= ~ tumpat sejenis buluh, Dendrocalamus strictus;
~ betung
sejenis buluh, Dendrocalamus asper;
~ cina
sejenis buluh, Bambusa nana;
~ gading
sejenis buluh, Bambusa vulgaris;
~ kasap
sejenis buluh, Ochlandra ridleyi;
~ peleting
buluh tempat pupul benang (pada alat tenun);
~ perindu
a) sejenis buluh, Bambusa magica;
b) sejenis seruling;
~ sembilang (semilang) sejenis buluh, Dendrocalamus giganteus;
rumput ~
sejenis tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;
berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap
(peribahasa) mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja);
menebas ~ serumpun (peribahasa) merosakkan nama seluruh keluarga;
seperti ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari (peribahasa) bunyi suara yang sangat sedih;
seperti pohon ~ ditiup angin (peribahasa) perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;

buluh-buluh sesuatu yang menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;

pembuluh
1. buluh-buluh;

2. = ~ darah saluran darah;
~ agung saluran besar yang menyalurkan darah dari seluruh badan ke jantung, vena kava;
~ labuhan hati saluran darah dari bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;
~ paru-paru saluran darah yang beroksigen dari paru-paru ke jantung, vena pulmonari.

bulu III

~ ayam
a) sejenis ikan laut (ikan bilis), Coilia spp.;
b) sejenis ikan darat, Oreyangaster spp.

bulu II

~ empusi = ~ pusi sejenis tumbuhan (pakis), penawar jampi, Cibotium barometz; rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), Lophatherum miliacea.

bulu I

1. rambut halus pada tubuh manusia dan binatang:
~ betis;
~ kucing;

2. rambut yang berkarang-karang (melekat-lekat) pada burung dan lain-lain:
~ burung;

3. miang pada tumbuhan-tumbuhan (daun dan lain-lain);
~ ayam
a) bulu pada tubuh ayam;
b) penyapu daripada bulu ayam (untuk menyapu habuk);
c) sejenis layar;
d) sejenis jahitan;
~ babi
a) bulu pada tubuh babi;
b) sejenis teripang yang kulitnya berduri-duri, Echinus spp.;
~ balik bulu yang terbalik (pada ayam);
~ biri-biri bulu biri-biri untuk dibuat kain dan lain-lain;
~ kapas bulu yang halus-halus;
~ keluli besi yang halus-halus dan panjang;
~ kening alis;
~ keras (kasar) bulu pada binatang lunak yang digunakan untuk berjalan;
~ kuduk
a) bulu pada tengkuk;
b) surai (pada kuda, singa);
~ lai daun bulu pada daun;
~ mata bulu pada tepi mata;
~ pahat bulu yang sangat halus pada burung;
~ peka bulu yang lekas merasai sesuatu (pada tumbuhan);
~ roma bulu yang halus pada tubuh manusia;
~ tangkis bola tangkis, badminton;
~ tengkuk bulu kuduk;
berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dan lain-lain);
memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang;
memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dan lain-lain) yang sebenarnya;
berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) [kiasan] berasa ngeri (seram);
carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula (peribahasa) orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan;
isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita (peribahasa) yang baik-baik dapat oleh orang, yang tidak berharga bagi kita;
terlayang-layang bagai ~ sehelai (peribahasa) ringan pada pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);

sebulu
1. mempunyai bulu yang sama (serupa);

2. [kiasan] sehaluan, sepakat, setuju:
ia tidak ~ dengan abangnya;

kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dan lain-lain):
Sunarto bertanya dengan suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;

berbulu mempunyai bulu;
~ hati tidak baik hati, dengki;
~ mata melihat benci (tidak suka) melihat;
kepala sama ~, pendapat berlain-lain (peribahasa) lain orang lain fikirannya;
tiada ~ lagi (peribahasa) tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali).