putih pada mata (sejenis selaput);
buta ~ buta kerana selaput putih pada mata.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bulang III
1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga kertas, Bougainvillea;
2. = bulangan sejenis tumbuhan (pokok), Gmelina spp.;
~ akar sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Smythea paciflca;
~ gajah (hitam, kecil, tikus) sejenis tumbuhan (pokok renek), Canthium horridum.
bulang II
~-baling baling-baling.
bulang I
1. kain dan lain-lain yang dililitkan pada kepala;
~ bidang sejenis tengkolok hitam;
~ hulu
a) ikat kepala, tengkolok;
b) [sastera lama] kekasih;
tali ~ tali yang dililitkan di kepala sebagai ganti kain;
2. pengikat taji;
~ atas cara mengikat taji yang sama parasnya dengan susuh;
~ bugis cara mengikat taji pada jari belakang;
~ cipai cara mengikat taji pada jari yang tertegap;
~ dagang cara mengikat taji pada kaki kiri sepanjang susuh;
~ golok cara mengikat taji antara jari;
~ jangkil cara mengikat taji pada jari yang terkecil;
~ kanan cara mengikat taji pada kaki kanan sepanjang susuh;
~ lepas cara mengikat taji pada jari yang tertegap;
~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil;
~ panggang cara mengikat taji di atas taji;
~ tiga jari cara mengikat taji pada ketiga-tiga jari muka;
~ tunjuk cara mengikat taji pada jari depan yang di luar;
~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya (peribahasa) sama kuat (kalah menangnya bergantung pada nasib);
bulang-bulang sesuatu yang dililitkan pada kepala;
berbulang
1. berlilit pada kepala, bertengkolok:
ia ~ kain sutera;
2. berikat taji:
ayam yang ~;
membulang
1. melilitkan pada kepala:
ia ~ kain pada kepalanya;
2. mengikat taji pada kaki ayam dengan tali:
ayam pun dibulang oranglah;
terbulang terikat taji;
~ ayam betina (peribahasa) orang yang dianggap berani dan lain-lain, tetapi teryata sebaliknya;
bulangan lilitan (ikatan);
pembulang (orang dan lain-lain) yang membulang;
kerbau ~ tali (peribahasa) orang yang berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati).
bulan-bulan
sejenis tumbuhan (pokok), senduk(-senduk), sesenduk, Endospermum malaccense.
bulan II
sejenis ikan laut, Megalops cyprinoides.
bulan I
1. satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari:
~ bercahaya pada malam hari;
kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~;
2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari):
~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam;
3. masa yang lamanya 1/12 tahun Masihi (pada 12 bulan dalam setahun):
saya akan ke Singapura dalam ~ Ogos;
~ adik maulud Rabiulakhir;
~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah;
~ arwah Syaaban;
~ bahasa bulan (yang tertentu atau yang ditetapkan) yang pada sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan;
~ bintang gambar bulan dan bintang sebagai lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pada bendera);
~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini;
~ gerhana (kapangan, dimakan rahu) tidak tampak bulan kerana berada dalam bayangan bumi;
~ haji Zulhijah;
~ kenduri apam Rejab;
~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dengan berpergian ke tempat lain;
~ mati bulan gelap;
~ maulud Rabiulawal;
~ muda bulan (yang tampak) antara 1 hingga 10hb;
~ nahas Safar;
~ purnama bulan penuh (14 hingga15hb);
~ puasa Ramadan;
~ raya Syawal;
~ sabit bulan yang nampak seperti sabit;
B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negara-negara Islam (yang berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yang sama fungsinya dengan Palang Merah;
~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam;
~ susut (tua, surut) bulan yang nampak bertambah kecil (sesudah 20hb);
~ timbul bulan terbit;
datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid;
~ dipagar bintang (peribahasa) sudah patut benar, sangat cocok;
bagai ~ empat belas (peribahasa) peri keelokan muka perempuan;
(bagai) ~ kesiangan (peribahasa) pucat (tidak jernih, terang);
jirus bagai ~ akan habis (peribahasa) makin lama makin kurang (modal dan lain-lain);
seperti ~ dengan matahari (peribahasa) sudah sepadan (sejodoh dan lain-lain);
seperti ~ dimakan Rahu (peribahasa) menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya;
(seperti) kejatuhan ~ (peribahasa) menyatakan keuntungan yang besar;
siang bagai hari, terang bagai ~ (peribahasa) sudah terang sekali (kesalahan dan lain-lain);
bulan-bulan, bulan-bulanan
1. benda (gambar dan lain-lain) yang seperti bulan;
2. sasaran (untuk menembak dan lain-lain);
berbulan
1. mempunyai bulan;
2. hingga sebulan (lamanya):
pekerjaan ini dilakukan hingga ~;
3. = bulanan:
gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;
berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya):
telah ~ hal itu berlaku;
membulan merupakan bulan, tampak seperti bulan;
bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan:
gaji ~;
penyata ~.
bulai
balar, sabun.
bukut
membukut
1. menutup, membungkus;
2. [kiasan] mendiamkan (tidak menghebohkan) sesuatu perkara, merahsiakan;
pembukut penutup, pembungkus.
bukur II
[Jawa] butir (gula, garam, dan lain-lain).