bulan I

1. satelit semula jadi bumi yang bergerak mengelilingi bumi sekali dalam 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari:
~ bercahaya pada malam hari;
kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~;

2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari):
~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam;

3. masa yang lamanya 1/12 tahun Masihi (pada 12 bulan dalam setahun):
saya akan ke Singapura dalam ~ Ogos;
~ adik maulud
Rabiulakhir;
~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah;
~ arwah Syaaban;
~ bahasa bulan (yang tertentu atau yang ditetapkan) yang pada sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan;
~ bintang gambar bulan dan bintang sebagai lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pada bendera);
~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini;
~ gerhana (kapangan, dimakan rahu) tidak tampak bulan kerana berada dalam bayangan bumi;
~ haji Zulhijah;
~ kenduri apam Rejab;
~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dengan berpergian ke tempat lain;
~ mati bulan gelap;
~ maulud Rabiulawal;
~ muda bulan (yang tampak) antara 1 hingga 10hb;
~ nahas Safar;
~ purnama bulan penuh (14 hingga15hb);
~ puasa Ramadan;
~ raya Syawal;
~ sabit bulan yang nampak seperti sabit;
B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negara-negara Islam (yang berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yang sama fungsinya dengan Palang Merah;
~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam;
~ susut (tua, surut) bulan yang nampak bertambah kecil (sesudah 20hb);
~ timbul bulan terbit;
datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid;
~ dipagar bintang (peribahasa) sudah patut benar, sangat cocok;
bagai ~ empat belas (peribahasa) peri keelokan muka perempuan;
(bagai) ~ kesiangan (peribahasa) pucat (tidak jernih, terang);
jirus bagai ~ akan habis (peribahasa) makin lama makin kurang (modal dan lain-lain);
seperti ~ dengan matahari (peribahasa) sudah sepadan (sejodoh dan lain-lain);
seperti ~ dimakan Rahu (peribahasa) menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya;
(seperti) kejatuhan ~ (peribahasa) menyatakan keuntungan yang besar;
siang bagai hari, terang bagai ~ (peribahasa) sudah terang sekali (kesalahan dan lain-lain);

bulan-bulan, bulan-bulanan
1. benda (gambar dan lain-lain) yang seperti bulan;

2. sasaran (untuk menembak dan lain-lain);

berbulan
1. mempunyai bulan;

2. hingga sebulan (lamanya):
pekerjaan ini dilakukan hingga ~;

3. = bulanan:
gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;

berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya):
telah ~ hal itu berlaku;

membulan merupakan bulan, tampak seperti bulan;

bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan:
gaji ~;
penyata ~.

berkongsi