[Minangkabau] cukur.
Category Archives: Kamus Dewan Online
bukung
[Jawa]
1. tidak berekor;
2. berambut pendek (perempuan).
buku II
helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis;
~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dan lain-lain) dalam perakaunan untuk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi;
~ catatan buku tempat ditulis catatan;
~ harian
a) buku catatan kira-kira jual beli hari-hari;
b) buku catatan harian (pada kapal dan lain-lain);
~ hitam buku yang mencatatkan nama-nama orang yang dianggap berbahaya dan lain-lain;
~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yang dicatat buat pertama kalinya;
~ kecil buku yang kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu;
~ kedatangan buku yang menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari;
~ kerja buku yang mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yang diajarkan serta soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pelajar;
~ kosong buku yang belum bertulis (bercetak) apa-apa di dalamnya;
~ laporan buku yang mengandungi laporan (tentang kerja dan sebagainya);
~ latihan = ~ rampaian buku untuk murid sekolah membuat latihan (berhubung dengan sesuatu pelajaran);
~ panduan buku yang menjadi panduan dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan;
~ pelawat buku yang mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat;
~ putih buku yang mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu;
~ rujukan buku tempat mencari keterangan yang lebih lanjut;
~ sekolah buku yang dipakai oleh murid (pelajar) sekolah;
~ simpanan bank buku yang dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya, yang mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dalam bank;
~ teks buku yang digunakan oleh pelajar sebagai buku rujukan yang standard untuk sesuatu mata pelajaran tertentu;
~ terpakai buku yang sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali;
~ tulis buku kosong untuk menulis;
~ tunai buku yang mencatatkan wang tunai yang diterima dan dikeluarkan;
tidak masuk ~ [bahasa percakapan] tidak masuk kira;
membukukan
1. mencatat(kan) dalam buku:
segala penjualan mesti dibukukan;
2. menerbitkan sebagai buku atau dalam bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku:
kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yang kemudian akan dibukukan;
kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;
kebukuan seperti bahasa tulisan (formal):
perkataan itu agak ~ bunyinya;
pembukuan
1. perihal mencatat dalam buku:
~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari;
2. penerbitan (pengeluaran dan sebagainya) dalam bentuk buku:
~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit.
buku I
1. tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu, dan lain-lain), sendi (jari, tangan, kaki dan lain-lain):
~ buluh;
~ jari;
2. bongkah kecil-kecil (gula, tanah, dan lain-lain), tampang (tembakau);
3. penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah:
se~ sabun; ~ benang gelendong;
~ kaki buku pada jari kaki;
~ lali mata kaki;
~ lima tangan yang digenggam, tinju;
~ sendi sendi (dalam erti yang umum);
~ dalam hati (peribahasa) yang terasa dalam hati;
bertemu ruas dengan ~ (peribahasa) sesuai benar;
cari umbut kena ~ (peribahasa) dicari baik, tetapi dapat yang tidak berguna;
jangan sangat pemilih, takut terkena ~ buluh = pilih-pilih ruas, terpilih pada ~ (peribahasa) janganlah terlalu memilih;
orang bertemu ~ (peribahasa) orang yang selalu dalam perselisihan kalau bergaul;
berbuku
1. mempunyai buku:
buluh ~;
2. berbongkah kecil-kecil:
gula itu ~ kerana terkena air;
membuku, terbuku
1. menjadi bongkah-bongkah kecil:
tepung ~ apabila kena air;
2. terganggu perasaan (dalam hati):
sejak itu ~lah dendam dalam hatinya;
biarlah aku bercakap melepaskan apa yang ~ dalam hatiku;
perbukuan sendi, persendian.
bukti
keterangan yang nyata, tanda kebenaran, dalil:
dalam perbicaraan, pihak yang menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yang menunjukkan pihak yang dituduh telah berbuat salah;
surat inilah sebagai ~ bahawa ia telah meminjam wang daripada saya;
~ diri [Indonesia] keterangan tentang kenyataan diri;
~ nyata diri [Indonesia] kad pengenalan;
~ saksi penyaksian, bukti yang dikemukakan oleh saksi;
berbukti mempunyai bukti:
kesalahan yang telah ~;
berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai bukti:
pertukaran nama itu dibenarkan dengan ~ dokumen-dokumen sokongan yang sah sahaja;
membuktikan
1. menyungguhkan (meyakinkan) dengan bukti:
persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri;
2. menyatakan kebenaran sesuatu dengan bukti:
guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat;
3. memperlihatkan:
dalam mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;
terbukti ternyata dengan bukti:
nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dari segi undang-undang;
pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membuktikan.
buksinator
(Biologi) otot pipi yang nipis dan leper.
bukram
sejenis kain kejur yang digunakan untuk mengeraskan bahagian tertentu pakaian, buku dan sebagainya.
bukit II
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), rumput kuran (keladi) Fimbristylis miliacea.
bukit I
kawasan tanahyang tinggi tetapi tidak setinggi gunung;
~ bukau bukit dan lembah;
~ kaki bukit yang rendah di sekitar kaki gunung;
~ pasir timbunan pasir kering yang terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun;
anak ~ bukit kecil;
~ jadi paya, paya jadi ~ (peribahasa) orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap);
~lah tinggi, lurahlah dalam (peribahasa) seseorang yang telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi;
berbukit mempunyai bukit;
~ di balik pendakian (peribahasa) lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran;
berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya:
kawasan itu ~;
membukit menyerupai bukit:
gelombang yang~;
perbukitan lapisan bumi yang berbukit-bukit, kawasan yang berbukit-bukit:
perkebunan tehdi ~.
buk-bak
bunyi seperti buah durian jatuh.