buku I

1. tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu, dan lain-lain), sendi (jari, tangan, kaki dan lain-lain):
~ buluh;
~ jari;

2. bongkah kecil-kecil (gula, tanah, dan lain-lain), tampang (tembakau);

3. penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah:
se~ sabun; ~ benang gelendong;
~ kaki buku pada jari kaki;
~ lali mata kaki;
~ lima tangan yang digenggam, tinju;
~ sendi sendi (dalam erti yang umum);
~ dalam hati (peribahasa) yang terasa dalam hati;
bertemu ruas dengan ~ (peribahasa) sesuai benar;
cari umbut kena ~ (peribahasa) dicari baik, tetapi dapat yang tidak berguna;
jangan sangat pemilih, takut terkena ~ buluh = pilih-pilih ruas, terpilih pada ~ (peribahasa) janganlah terlalu memilih;
orang bertemu ~ (peribahasa) orang yang selalu dalam perselisihan kalau bergaul;

berbuku
1. mempunyai buku:
buluh ~;

2. berbongkah kecil-kecil:
gula itu ~ kerana terkena air;

membuku, terbuku
1. menjadi bongkah-bongkah kecil:
tepung ~ apabila kena air;

2. terganggu perasaan (dalam hati):
sejak itu ~lah dendam dalam hatinya;
biarlah aku bercakap melepaskan apa yang ~ dalam hatiku;

perbukuan sendi, persendian.

berkongsi