bukti

keterangan yang nyata, tanda kebenaran, dalil:
dalam perbicaraan, pihak yang menuduh berkewajiban memberi ~ atau dalil yang menunjukkan pihak yang dituduh telah berbuat salah;
surat inilah sebagai ~ bahawa ia telah meminjam wang daripada saya;
~ diri
[Indonesia] keterangan tentang kenyataan diri;
~ nyata diri [Indonesia] kad pengenalan;
~ saksi penyaksian, bukti yang dikemukakan oleh saksi;

berbukti mempunyai bukti:
kesalahan yang telah ~;

berbuktikan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai bukti:
pertukaran nama itu dibenarkan dengan ~ dokumen-dokumen sokongan yang sah sahaja;

membuktikan
1. menyungguhkan (meyakinkan) dengan bukti:
persetujuan antara India dan Pakistan itu sekali lagi ~ bahawa masalah-masalah Asia dapat diselesaikan oleh orang Asia sendiri;

2. menyatakan kebenaran sesuatu dengan bukti:
guru menyuruh Ali ~ bahawa bumi ini bulat;

3. memperlihatkan:
dalam mesyuarat itu, ia telah ~ kecekapannya berdebat;

terbukti ternyata dengan bukti:
nyatalah dan ~ bahawa keputusan mahkamah rendah itu salah dari segi undang-undang;

pembuktian perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membuktikan.

berkongsi