bujang II

pebujangan, pembujangan, perbujangan ;

balai perbujangan sejenis balai di istana;
jong ~ sejenis jong kerajaan;
pedang perbujangan sejenis pedang kerajaan Perak.

bujang I

1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami:
sahabat-sahabat lelaki yang masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya;

2. orang (laki-laki atau perempuan) yang sudah dewasa (sudah boleh berkahwin):
di mana ~ yang tadi itu;

3. janda (perempuan);
~ jalang perempuan jalang;
~ bercerai janda yang diceraikan suaminya;
~ talang janda yang tidak mempunyai anak;

4. pelayan, pembantu rumah, jongos:
lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya;

5. [kiasan] tidak berkawan, bersendirian;
katil ~ katil untuk satu orang;
kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dan lain-lain);

6. [bahasa kasar] kemaluan laki-laki;
~ dan khunsa jenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang berlainan;
~ serta khunsa jenis pokok yang bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pada pokok yang sama;
~ sabilillah [sastera lama] tentera dalam perang suci;
bak ~ jolong berkeris (bersubang) (peribahasa) orang yang sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yang baru diperoleh;
bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak (peribahasa) orang yang menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan);

membujang
1. hidup dengan tidak (belum) berkahwin:
hidup ~ takkan semuanya lengkap;

2. bekerja sebagai bujang (pembantu rumah):
ia ~ kepada orang kaya;

3. [Kelantan] bersetubuh dengan pelacur;

pembujangan perihal membujang, hidup membujang:
dalam Islam, tidak digalakkan ~.

bujam

bekas (sirih dan lain-lain) yang dibuat daripada mengkuang dan lain-lain yang dianyam.

buih

gelembung-gelembung udara pada cecair, busa;
kalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang (peribahasa) kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud;

berbuih, membuih mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa:
sabun ~ apabila dicampurkan air;
~ mulut
[kiasan] tidak berhenti-henti memperkatakan ( orang, peristiwa, sesuatu hal, dan lain-lain);

membuihkan menjadikan berbuih:
air lembut mudah ~ sabun;

pembuihan perihal membuih(kan), pembusaan.

buhul, buhur

[Minangkabau] simpul, ikatan (tali dan lain-lain):
tidak boleh terbuka lagi buhurnya;

membuhul menyimpul, mengikat (tali);
~ jangan membuku, mengulas jangan mengesan (peribahasa) merahsiakan sesuatu hendaklah sempurna;
mengebat erat-erat, ~ mati-mati (peribahasa) membuat perjanjian hendaklah dengan sempurna;

buhulan simpulan, ikatan:
ia menggumpalkan ~ kainnya kukuh-kukuh.