akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), sirih (kerakap) rimau, Piper porphyrophyllum.
Category Archives: Kamus Dewan Online
Bugis
suku bangsa yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia, yang terkenal sebagai pelaut.
bugi-bugi
sejenis tarian Barat yang banyak memerlukan pergerakan badan.
bugar
segar-~ sangat sihat;
kebugaran
1. hal subur (tentang tumbuhan):
benih itu lebih besar dan akan tumbuh sebagai pokok-pokok yang rendah dan penuh ~;
2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia).
bufet
hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) untuk dinikmati oleh tetamu.
buenam
bongkah yang mempunyai enam muka.
budur
terpersil keluar (mata dan lain-lain).
buduk
sejenis penyakit kusta.
budu
sejenis pekasam ikan;
kalau kubuka tempayan ~, baru tahu (peribahasa) kalau kubuka rahsiamu tentu akan malu dan lain-lain.
budiman
berbudi, berakal, bijaksana:
keempat-empat hulubalang itu terlalu perkasa lagi ~;
kebudimanan ketinggian tingkat bijaksana (murah hati):
A. Samad Said terkenal dengan ~ hatinya kepada teman-teman penulis.