= tali ~ = bubutan tali penegak tiang (perahu dan lain-lain) untuk mengukuhkan tegak tiang (perahu dan lain-lain);
layar bubutan layar segi tiga (dipasang searah dengan tali bubutan dekat tiang agung).
Category Archives: Kamus Dewan Online
bubus II
= membubus berterbangan keluar dengan ramai, keluar dengan ramai:
bagai anai-anai ~.
bubus I
tidak berambut (di kepala), botak.
bubur
sejenis makanan (daripada beras, jagung, kacang hijau, dan lain-lain) yang lunak dan berair;
~ Asyura bubur daripada campuran berbagai-bagai bahan yang dibuat pada hari Asyura, iaitu hari yang ke-10 dalam bulan Muharam;
~ ayam bubur nasi yang mengandungi daging ayam;
~ kacang hijau bubur daripada campuran kacang hijau, gula, dan lain-lain;
~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yang dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain;
~ lambuk sejenis bubur nasi yang dicampurkan dengan sayur-sayuran, isi ikan, dan lain-lain;
~ sumsum bubur daripada tepung beras;
kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu (peribahasa)
a) perkara kecil yang dibesar-besarkan orang;
b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar;
nasi sudah menjadi ~ (peribahasa) sesuatu (perbuatan dan lain-lain) yang sudah terlanjur.
bubung
bubungan bahagian rumah yang di atas sekali untuk rumah yang atapnya berbentuk huruf V terbalik:
setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke ~ juga.
bubun-bubun
[Minangkabau] ubun-ubun (kepala).
bubul III
[Indonesia] ;
membubul naik ke atas (membumbung), keluar (timbul) banyak-banyak bersama-sama.
bubul II
membubul membaiki jala (jaring dan lain-lain) yang sobek:
~ pukat.
bubul I
sejenis bisul pada tumit (orang) atau pada kuku kuda;
jenis-jenisnya:
~ bubuk, ~ gantang, ~ malai, ~ sarang, dan lain-lain.
bubuk III
[arkaik];
membubuk merebus.