sejenis makanan (daripada beras, jagung, kacang hijau, dan lain-lain) yang lunak dan berair;
~ Asyura bubur daripada campuran berbagai-bagai bahan yang dibuat pada hari Asyura, iaitu hari yang ke-10 dalam bulan Muharam;
~ ayam bubur nasi yang mengandungi daging ayam;
~ kacang hijau bubur daripada campuran kacang hijau, gula, dan lain-lain;
~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yang dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain;
~ lambuk sejenis bubur nasi yang dicampurkan dengan sayur-sayuran, isi ikan, dan lain-lain;
~ sumsum bubur daripada tepung beras;
kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu (peribahasa)
a) perkara kecil yang dibesar-besarkan orang;
b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar;
nasi sudah menjadi ~ (peribahasa) sesuatu (perbuatan dan lain-lain) yang sudah terlanjur.
bubur
berkongsi