budi

1. akal, kebijaksanaan:
pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia;
sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang;

2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak:
wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dari atas takhta kerajaannya;

3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan:
banyak benar ~ emak kepada kami;
berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~
berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang;
mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang;
membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dengan memberi bantuan dan sebagainya);
menabur ~ sering membuat kebaikan;
menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dan sebagainya) kepada orang;

4. bicara, daya upaya:
apa ~ kita untuk menentang kekejamannya?~ bahasa tingkah laku dan pertuturan;
~ bicara
a) akal;
b) kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal:
segala-galanya bergantung pada ~ bicara Ketua Pengarah;
kurang ~
teraba-raba, tidak ilmu suluh padam (peribahasa) orang yang kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan;
sebab ~ boleh kedapatan (peribahasa) kelakuannya sendiri yang menyebabkan kerugian (kerosakan);

sebudi (dengan) ~ akal dengan segala daya upaya, dengan bersungguh-sungguh;

berbudi
1. berakal, bijaksana;

2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan;

3. baik hati, pemurah;
~ (diri) bagai pisang lebat (peribahasa) mendapat bencana kerana angkuh;

memperbudikan [Minangkabau] memperdayakan, menipu.

budayawan

ahli dalam bidang kebudayaan:
para ~ memberi pengertiannya sendiri.

Buddha agama yang diasaskan oleh Sidharta Gautama.

budaya

1. tamadun, peradaban:
~ Islam;

2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya):
~ kuning;

3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi):
antropologi ~;
~ kuning
budaya Barat yang dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif;
~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;

berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju:
bangsa yang ~;

membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan:
hukuman moral ini belum ~ di negara ini;

membudayakan
1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dan lain-lain) supaya berbudaya: berfikir secara ilmiah bertujuan untuk ~ masyarakat;

2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dan lain-lain) yang baik supaya berbudaya atau beradab;

kebudayaan keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi):
Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;

pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dan lain-lain):
~ ilmu di kalangan pelajar penting untuk pembinaan negara.

budak

1. anak, kanak-kanak:
~ sekolah;

2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos:
janganlah kauperlakukan aku sebagai ~mu;
~ belian
hamba yang diperoleh dengan membeli;
~ dalam hamba istana;
~ kundang biduanda;
~ pejabat penyelenggara pejabat, peon;
~ raja budak (orang) suruhan raja;
~ suruhan budak yang disuruh-suruh;
~ tanggung orang yang belum dewasa tetapi tidak juga muda;
bagai ~ sapu hingus (peribahasa) dikatakan kepada orang yang beroleh malu dalam sesuatu majlis;
membekali ~ lari (peribahasa) dua kali rugi;

budak-budak kanak-kanak:
macam ~ merajuk kena pujuk;
bukan ~ makan pisang
(peribahasa) bukan orang yang dapat dipermain-mainkan (diperdayakan);

berbudak [sastera lama] bersama budak:
maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia;
dua ~
berdua dengan seorang budak;

berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan seperti budak-budak (kelakuan dan lain-lain), keanak-anakan:
maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan;

membudak [bahasa kasar] memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya:
dengan keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kepada orang;

membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan seperti hamba:
dia bukan seperti kita, dia tidak diperbudak wang;

memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang seperti budak-budak (yang dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dan sebagainya):
skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dalam pertandingan itu;
dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior;

perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak):
engkau telah terlepas daripada kongkongan ~;

pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan):
~ orang yang lemah oleh yang kuat.

bucu

penjuru, sudut:
~ meja;
~ bilik;

berbucu berpenjuru, bersudut;
~ enam bersudut enam.

bubut IV

sejenis burung, Centropus spp., butbut;
~ kecil sejenis burung, Centropus bengalensis.

bubut V sejenis tumbuhan (pokok renek), tapak kerbau, Clerodendron villosum.

bubut II

= bubutan [Indonesia] alat yang memusingkan besi untuk dibulatkan dan dihaluskan;
mesin ~ bubut;
tukang ~ orang yang mengerjakan besi dengan bubut;

membubut mengerjakan besi dengan bubut;

pembubut
1. alat untuk membubut,