budi

1. akal, kebijaksanaan:
pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia;
sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang;

2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak:
wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dari atas takhta kerajaannya;

3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan:
banyak benar ~ emak kepada kami;
berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~
berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang;
mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang;
membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dengan memberi bantuan dan sebagainya);
menabur ~ sering membuat kebaikan;
menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dan sebagainya) kepada orang;

4. bicara, daya upaya:
apa ~ kita untuk menentang kekejamannya?~ bahasa tingkah laku dan pertuturan;
~ bicara
a) akal;
b) kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal:
segala-galanya bergantung pada ~ bicara Ketua Pengarah;
kurang ~
teraba-raba, tidak ilmu suluh padam (peribahasa) orang yang kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan;
sebab ~ boleh kedapatan (peribahasa) kelakuannya sendiri yang menyebabkan kerugian (kerosakan);

sebudi (dengan) ~ akal dengan segala daya upaya, dengan bersungguh-sungguh;

berbudi
1. berakal, bijaksana;

2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan;

3. baik hati, pemurah;
~ (diri) bagai pisang lebat (peribahasa) mendapat bencana kerana angkuh;

memperbudikan [Minangkabau] memperdayakan, menipu.

berkongsi