maklum

1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui:
kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yang terakhir untuk tahun ini;

2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu:
~ aku ini orang miskin;
~ balas
maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dan sebagainya);

memaklumi memahami, mengetahui:
aku harap kamu semua telah ~ perkara ini;

memaklumkan
1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan:
ia datang hendak ~ hal-ehwalnya;
dipermaklumkannya yang ia hendak membalas kematian isterinya itu;

2. mengumumkan sesuatu (keputusan dan lain-lain), menyatakan (perang dan lain-lain), mengisytiharkan (kemerdekaan dan lain-lain):
mereka ~ perang dengan Belanda;

termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;

makluman apa-apa yang dimaklumkan, pemberitahuan;
pemakluman pengumuman, pengisytiharan, penyataan;

pemaklum orang yang memaklumkan sesuatu, orang yang memberikan makluman.

berkongsi