bulu I

1. rambut halus pada tubuh manusia dan binatang:
~ betis;
~ kucing;

2. rambut yang berkarang-karang (melekat-lekat) pada burung dan lain-lain:
~ burung;

3. miang pada tumbuhan-tumbuhan (daun dan lain-lain);
~ ayam
a) bulu pada tubuh ayam;
b) penyapu daripada bulu ayam (untuk menyapu habuk);
c) sejenis layar;
d) sejenis jahitan;
~ babi
a) bulu pada tubuh babi;
b) sejenis teripang yang kulitnya berduri-duri, Echinus spp.;
~ balik bulu yang terbalik (pada ayam);
~ biri-biri bulu biri-biri untuk dibuat kain dan lain-lain;
~ kapas bulu yang halus-halus;
~ keluli besi yang halus-halus dan panjang;
~ kening alis;
~ keras (kasar) bulu pada binatang lunak yang digunakan untuk berjalan;
~ kuduk
a) bulu pada tengkuk;
b) surai (pada kuda, singa);
~ lai daun bulu pada daun;
~ mata bulu pada tepi mata;
~ pahat bulu yang sangat halus pada burung;
~ peka bulu yang lekas merasai sesuatu (pada tumbuhan);
~ roma bulu yang halus pada tubuh manusia;
~ tangkis bola tangkis, badminton;
~ tengkuk bulu kuduk;
berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dan lain-lain);
memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang;
memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dan lain-lain) yang sebenarnya;
berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) [kiasan] berasa ngeri (seram);
carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula (peribahasa) orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan;
isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita (peribahasa) yang baik-baik dapat oleh orang, yang tidak berharga bagi kita;
terlayang-layang bagai ~ sehelai (peribahasa) ringan pada pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);

sebulu
1. mempunyai bulu yang sama (serupa);

2. [kiasan] sehaluan, sepakat, setuju:
ia tidak ~ dengan abangnya;

kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dan lain-lain):
Sunarto bertanya dengan suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;

berbulu mempunyai bulu;
~ hati tidak baik hati, dengki;
~ mata melihat benci (tidak suka) melihat;
kepala sama ~, pendapat berlain-lain (peribahasa) lain orang lain fikirannya;
tiada ~ lagi (peribahasa) tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali).

berkongsi