sejenis tumbuhan yang batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur;
jenis-jenisnya:
~ akar
a) sejenis buluh, Dendrocalamus pendulus;
b) sejenis buluh, Dinochloa scandens;
~ batu = ~ tumpat sejenis buluh, Dendrocalamus strictus;
~ betung sejenis buluh, Dendrocalamus asper;
~ cina sejenis buluh, Bambusa nana;
~ gading sejenis buluh, Bambusa vulgaris;
~ kasap sejenis buluh, Ochlandra ridleyi;
~ peleting buluh tempat pupul benang (pada alat tenun);
~ perindu
a) sejenis buluh, Bambusa magica;
b) sejenis seruling;
~ sembilang (semilang) sejenis buluh, Dendrocalamus giganteus;
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;
berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap (peribahasa) mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja);
menebas ~ serumpun (peribahasa) merosakkan nama seluruh keluarga;
seperti ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari (peribahasa) bunyi suara yang sangat sedih;
seperti pohon ~ ditiup angin (peribahasa) perihal orang yang lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;
buluh-buluh sesuatu yang menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;
pembuluh
1. buluh-buluh;
2. = ~ darah saluran darah;
~ agung saluran besar yang menyalurkan darah dari seluruh badan ke jantung, vena kava;
~ labuhan hati saluran darah dari bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;
~ paru-paru saluran darah yang beroksigen dari paru-paru ke jantung, vena pulmonari.