[Arab] hal (benda) yang membezakan kebenaran daripada kepalsuan;
al-F~ nama lain bagi al-Quran.
Author Archives: admin
furlong
ukuran panjang yang bersamaan dengan 220 ela (1/8 batu atau 201 meter).
fur
[kependekan] furlong.
fuqaha
[Arab] (jamak bagi faqih) orang yang ahli dalam ilmu fiqah:
kebanyakan ~ Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yang mabuk.
fungus
kulat.
fungsionalisme
prinsip dalam seni bina, reka bentuk dan sebagainya yang menekankan bahawa bentuk sesuatu bangunan dan sebagainya hendaklah ditentukan oleh fungsi dan kegunaannya:
falsafah ~ boleh dikatakan berasal daripada ungkapan Louis Sullivan, yakni reka bentuk mengikut kegunaan.
fungsional
yang mempunyai atau diberi tugas-tugas tertentu.
fungsi
1. tugas, jawatan:
kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah;
2. kerja (bahagian tubuh dan lain-lain), tugas, peranan:
apakah ~ paru-paru dalam tubuh manusia?;
berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas:
JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya untuk terus maju dan ~ kepada masyarakat;
fungsian yang dilihat dari segi fungsi:
rangka rujukan teorinya yang berkenaan analisis ~ itu amat berkesan.
fungivor
(Biologi) haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada kulat.
fungisid
racun kulat.