keakuran yang kuat terhadap sesuatu ajaran (tuntutan agama atau tuntutan beragama):
~ Islam.
Author Archives: admin
fundamentalis
individu atau kumpulan, biasanya pergerakan keagamaan yang berjuang mengembalikan cara hidup yang asal menurut tuntutan agama.
fundamental
bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok:
menaruh perhatian pada hubungan yang lebih ~ daripada hubungan yang banyak nampak pada kulitnya.
fulus
[Arab]
1. kepingan wang tembaga;
2. [bahasa percakapan] wang.
fulkrum
(Fizik) suatu tempat (titik) pada palang, jasad dan lain-lain (sebagai pengimbang, penyokong dan sebagainya), sangga tuas.
fucuk
tauhu kering yang nipis.
fuad
[Arab] hati, kalbu;
~ al-zakiah hati yang jernih (dipakai dalam surat dan lain-lain).
fruktosa
gula yang terdapat di dalam madu dan buah-buahan.
frugivor
(Biologi) haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada buah-buahan.
fros
(Geografi)
1. keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0?C atau 32?F) sehingga terbentuknya hablur air yang halus-halus, ibun;
2. hablur ais yang halus-halus berwarna putih yang melitupi permukaan tanah, objek dan sebagainya, yang terbentuk daripada embun atau wap air yang beku, terutamanya pada waktu malam, ibun beku;
berfros dilitupi atau diselaputi fros:
cermin tingkap rumahnya ~ kerana cuaca di luar sangat sejuk.