fraseologi

(Linguistik)

1. cara menggunakan kata atau frasa dalam tulisan atau lisan;

2. ungkapan yang digunakan oleh orang atau kelompok tertentu seperti nelayan atau pedagang.

frankfurter

sejenis sosej salai yang dibuat daripada daging kisar, biasanya dihidangkan bersama-sama roti ban.

francaisor

syarikat induk yang memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengusaha:
~ itu benar-benar ingin melihat kejayaan semua francaisinya.

francaisi

orang (syarikat, firma dan sebagainya) yang diberi francais, pemegang francais:
~ berpeluang menjalankan perniagaan dengan kaedah pengurusan yang terbukti kejayaannya;
syarikat itu menawarkan peluang kepada mereka yang berminat menjadi ~ pasar raya mini ikannya.

francais

hak atau kebenaran istimewa yang diberikan (dengan syarat dan bayaran tertentu) oleh syarikat induk (pemilik) kepada pengusaha untuk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan;

memfrancaiskan memberikan francais sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang, syarikat dan sebagainya:
syarikat itu merancang untuk ~ produk keluarannya kepada individu atau syarikat yang berminat.

franc

(Perancis) unit mata wang yang standard bagi Perancis, Belgium, Switzerland, dan negara-negara yang bertutur dalam bahasa Perancis.

fraksi

[Indonesia-Belanda] kelompok yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat dalam parlimen (biasanya daripada satu parti).