bahagian daripada sesuatu (novel, lakonan, peristiwa, dan lain-lain), petikan, penggalan:
ia hanya berhasrat memaparkan ~-~ daripada sesuatu peristiwa dan konflik.
Author Archives: admin
foyer
ruang legar:
pembayaran untuk kad berkenaan sudah dibuat di ~ Dewan Syed Putra.
foya
berfoya-foya, foya-foya bersuka-suka, beria-ria, berpesta-pesta (dengan menghabiskan masa dan wang):
bekerja itu dapat membendung hawa nafsu ~ yang timbul jua sesekali dalam hatinya;
kefoya-foyaan keadaan bersuka ria atau bersenang-senang:
pemerintahan tidak seharusnya berorientasikan kemewahan dan ~.
fototropisme
(Biologi) pergerakan tumbuhan yang berlaku sebagai gerak balas terhadap rangsangan cahaya.
fototrof
(Biologi) organisma yang menggunakan cahaya suria sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan sebatian organik.
fototopografi
(Geografi) proses menyediakan atau membuat peta topografi daripada gambar foto.
fototipografi
(Percetakan) proses pencetakan yang melibatkan penggunaan fotografi.
fototerapi
(Perubatan) perawatan penyakit dengan menggunakan cahaya, misalnya perawatan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir.
fototaksis
(Biologi) pergerakan organisma sebagai gerak balas terhadap cahaya.
fotostat
1. mesin yang digunakan untuk membuat salinan foto bahan-bahan bertulis (bercetak, grafik);
2. salinan yang dibuat oleh fotostat;
memfotostat membuat atau menghasilkan salinan (daripada bahan bertaip, bercetak, dan sebagainya) dengan menggunakan fotostat:
kita boleh ~ rencana yang terdapat pada sebuah majalah yang baru sahaja diterbitkan.