[Kelantan] cari, raba, geladah;
menggagar meraba-raba, merayau.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
[Kelantan] cari, raba, geladah;
menggagar meraba-raba, merayau.
[Jakarta] mencari sesuatu dengan meraba-raba (dalam gelap), menggagau(-gagau).
= menggagap tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam untuk malam);
orang ~ orang yang bertutur tertahan-tahan;
bergagap-gagap bercakap dengan tertahan-tahan;
tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk:
dengan suara yang ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya;
kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap:
tahap ~ berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain bergantung pada keadaan tekanan sosial yang dihadapinya.
1. tangkai (bunga, gayung, dan lain-lain), hulu (keris, tombak, dan lain-lain);
2. [Minangkabau] pucuk ranting atau batang pokok yang melata (melilit), sulur;
~ pena batang pena;
~ senapang (telefon) pemegang senapang ~ telefon pemegang telefon;
seperti sirih pulang ke ~nya (peribahasa) orang yang kembali kepada asalnya;
menggagang mempunyai sulur.
tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dan sebagainya yang dikehendaki) tidak jadi, kecewa:
usaha-usaha untuk menamatkan konfrontasi ~ belaka;
~ dalam peperiksaan;
menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan:
rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;
tergagal tidak berhasil atau berjaya:
kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;
kegagalan perihal gagal.
1. sejenis burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk;
~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca;
2. = ~ gunung sejenis burung, Cissa chinensis;
3. = ~ paruh emas sejenis burung, Urocissa flavirostris;
~ bersuara murai (peribahasa) seorang yang hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yang baik;
~ lalu punggur rebah (peribahasa) orang yang ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kepada yang lemah);
ketika ~ putih bangau hitam (peribahasa) pada zaman dahulukala;
selama hitam ~, selama air mengalir jua (peribahasa) kekal abadi (selama-lamanya);
seperti burung ~ pulang ke benua (peribahasa) walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya.
menggagai memanjat (pokok dan lain-lain) dengan cara memeluknya dengan kaki dan tangan.
1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga:
datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal;
2. berani, perkasa:
perajurit yang ~ berani menemui ajalnya di medan perang;
~ berani (perkasa) sangat berani;
3. besar dan tegap (badan), begap:
gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yang ~ di sampingnya;
4. bangga, megah:
dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;
bergagah-gagahan
1. mengadu kekuatan;
2. beradu megah;
menggagah
1. mengerjakan sesuatu dengan sepenuh tenaga;
2. = ~ pinggang bersikap gagah dengan bercekak pinggang;
menggagahi
1. memaksa, mengerasi, menguasai:
kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh;
2. memperkosa, merogol:
dia dihukum kerana ~ seorang gadis;
menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dan lain-lain), memberanikan, memaksakan;
~ diri, = ~ hati memberanikan diri;
kegagahan perihal gagah:
dalam ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah;
pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu.
[Jawa] huma, ladang padi:
padi ~ padi huma.
akronim bagi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia.