keturunan raja yang lahir daripada permaisuri;
anak ~ anak raja daripada permaisuri;
sama ~ keturunan yang sedarjat.
Author Archives: admin
gahar
menggahar
1. menggonyoh, menggosok kuat-kuat (supaya bersih);
2. [Kelantan] berkelahi mati-matian.
gaham II
~ badak sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, gelugur hutan, medang lempung, gangulang (di Sabah), merbulan (di Sarawak), Blumeodendron spp.
gaham I
[Minangkabau] gertak(an), ugutan;
menggaham menakuntukan, mengancam, menggertak.
gah
[sastera lama]
1. kemasyhuran, kemuliaan:
maka masyhurlah ~nya merata negeri;
2. keangkuhan, kebanggaan;
~ dan takbur kesombongan;
3. ki, [bahasa percakapan] menjadi buah pertuturan orang, termasyhur:
maka ~lah ke seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu;
4. kelihatan hebat:
syarikat pengilangan yang ~ dari segi fizikalnya.
gaguk
tergaguk-gaguk tertahan-tahan kata-katanya, tergagap-gagap.
gagu
[Jakarta] bisu;
menggagu membisu.
gagau II
[Minangkabau];
bergagauan berteriak-teriak dengan tidak menentu;
segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu:
kini, yang ~ dengannya cuma seorang sahaja;
tergagau berteriak dengan tiba-tiba (kerana takut dan lain-lain).
gagau I
menggagau meraba-raba (dalam gelap dan lain-lain), mencari sesuatu dengan meraba-raba:
orang buta itu ~ laci meja;
tergagau-gagau meraba-raba (kerana buta, gelap, dan lain-lain).
gagas
menggagas memikirkan sesuatu;
gagasan buah fikiran yang dijadikan saranan, idea:
kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo;
dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dalam masyarakat.