sikap dan langkah, tingkah laku, gerak-geri.
Author Archives: admin
gajai
[Minangkabau];
menggajai melepaskan;
tergajai terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya:
pada suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda yang pandai bercakap itu.
gajah
1. sejenis mamalia dalam famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading);
~ Asia = ~ India, Elephas maximus;
~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yang menjadikan gajah jinak;
2. buah catur yang jalannya menyerong;
3. sesuatu yang besar;
badak ~ badak yang besar;
nyamuk ~ nyamuk yang besar;
~ bara gajah hitam;
~ barat permainan untuk kanak-kanak;
~ guling perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati;
~ lalang gajah yang sudah jinak (tidak liar);
~ laut sejenis anjing laut, Mirounga spp.;
~ menung
a) binatang yang besar (terutamanya dalam cerita);
b) sejenis usungan berbentuk ikan laut untuk pengantin;
~ menyusu atap tambahan atau yang disambung pada rumah, sengkuap;
~ mina
a) walrus;
b) sejenis perhiasan (makara);
~ patah permainan teka-teki;
~ tunggal gajah yang tidak bersama-sama kawannya (sangat liar);
seperti ~ putih sesuatu yang mahal tetapi tidak berguna:
kebanyakan perbadanan awam adalah seperti ~ putih di bumi Afrika;
~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga (peribahasa) orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya;
~ dialahkan oleh pelanduk (peribahasa) orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah;
~ dipandang seperti kuman (peribahasa) orang yang naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;
~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak (peribahasa) anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;
~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli (peribahasa) mengerjakan sesuatu yang mustahak dengan tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yang tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;
~ mati kerana gadingnya (peribahasa) seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;
~ mati meninggalkan tulang (peribahasa) jasa baik seseorang yang mati dikenang juga;
~ mati tulang setimbun (peribahasa) orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;
~ seekor gembala dua (peribahasa)
a) seorang perempuan yang menduakan suaminya;
b) dua orang memimpin satu pekerjaan;
~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit (peribahasa) kalau orang besar-besar yang berselisih, rakyat yang mendapat susah;
~ turun di tengah rumah (peribahasa) menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);
bangkai ~ bolehkah ditutup dengan nyiru = seperti ditempuh ~ lalu (peribahasa) kejadian yang besar tidak dapat disembunyikan;
seperti ~ masuk kampung (peribahasa) seseorang yang melakukan sesuatu sekehendak hatinya;
seperti ~ putih ditambat (peribahasa) seseorang yang merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;
seperti ~ rompong belalai (peribahasa) raja yang kehilangan kuasanya;
menggajah tampak seperti gajah, kelihatan besar;
gajah-gajahan
1. = main ~ main catur;
2. = sakit ~ penyakit yang menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut;
bergajah menaiki gajah:
bala tentera ~.
gait
= penggait = gaitan benda yang berlengkok pada hujungnya untuk menarik sesuatu, kait atau pengait;
menggait
1. menarik buah (perahu dan lain-lain) supaya dekat, mengait:
hendak dipanjat kerengga, mahu pula digait galah tidak sampai;
gaing
kayu runcing yang dipasang pada dasar perahu (di haluan atau buritan).
gail II
tergail kena kail, terpancing.
gail I
gual -~;
gual.
gai
sejenis tali pada perahu (untuk menguatkan tiang perahu).
gaharu
kayu yang harum (berasal daripada pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis); ~ badak sejenis tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii;~ dibakar kemenyan berbau (peribahasa) orang yang menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang;
seperti buku ~ (peribahasa) memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya;
sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) (peribahasa) orang yang berlagak tidak tahu.
gahari
tidak kurang dan tidak lebih, sedang;
ugahari.