gajah

1. sejenis mamalia dalam famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading);
~ Asia = ~ India, Elephas maximus;
~ Afrika, Loxodonta afrikana;
ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yang menjadikan gajah jinak;

2. buah catur yang jalannya menyerong;

3. sesuatu yang besar;
badak ~ badak yang besar;
nyamuk ~ nyamuk yang besar;
~ bara gajah hitam;
~ barat permainan untuk kanak-kanak;
~ guling perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati;
~ lalang gajah yang sudah jinak (tidak liar);
~ laut sejenis anjing laut, Mirounga spp.;
~ menung
a) binatang yang besar (terutamanya dalam cerita);
b) sejenis usungan berbentuk ikan laut untuk pengantin;
~ menyusu atap tambahan atau yang disambung pada rumah, sengkuap;
~ mina
a) walrus;
b) sejenis perhiasan (makara);
~ patah permainan teka-teki;
~ tunggal gajah yang tidak bersama-sama kawannya (sangat liar);
seperti ~ putih sesuatu yang mahal tetapi tidak berguna:
kebanyakan perbadanan awam adalah seperti ~ putih di bumi Afrika;
~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga
(peribahasa) orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya;
~ dialahkan oleh pelanduk (peribahasa) orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah;
~ dipandang seperti kuman (peribahasa) orang yang naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;
~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak (peribahasa) anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;
~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli (peribahasa) mengerjakan sesuatu yang mustahak dengan tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yang tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;
~ mati kerana gadingnya (peribahasa) seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;
~ mati meninggalkan tulang (peribahasa) jasa baik seseorang yang mati dikenang juga;
~ mati tulang setimbun (peribahasa) orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;
~ seekor gembala dua (peribahasa)
a) seorang perempuan yang menduakan suaminya;
b) dua orang memimpin satu pekerjaan;
~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit (peribahasa) kalau orang besar-besar yang berselisih, rakyat yang mendapat susah;
~ turun di tengah rumah (peribahasa) menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);
bangkai ~ bolehkah ditutup dengan nyiru = seperti ditempuh ~ lalu (peribahasa) kejadian yang besar tidak dapat disembunyikan;
seperti ~ masuk kampung (peribahasa) seseorang yang melakukan sesuatu sekehendak hatinya;
seperti ~ putih ditambat (peribahasa) seseorang yang merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;
seperti ~ rompong belalai (peribahasa) raja yang kehilangan kuasanya;

menggajah tampak seperti gajah, kelihatan besar;

gajah-gajahan
1. = main ~ main catur;

2. = sakit ~ penyakit yang menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut;

bergajah menaiki gajah:
bala tentera ~.

berkongsi