1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga:
datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal;
2. berani, perkasa:
perajurit yang ~ berani menemui ajalnya di medan perang;
~ berani (perkasa) sangat berani;
3. besar dan tegap (badan), begap:
gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yang ~ di sampingnya;
4. bangga, megah:
dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;
bergagah-gagahan
1. mengadu kekuatan;
2. beradu megah;
menggagah
1. mengerjakan sesuatu dengan sepenuh tenaga;
2. = ~ pinggang bersikap gagah dengan bercekak pinggang;
menggagahi
1. memaksa, mengerasi, menguasai:
kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh;
2. memperkosa, merogol:
dia dihukum kerana ~ seorang gadis;
menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dan lain-lain), memberanikan, memaksakan;
~ diri, = ~ hati memberanikan diri;
kegagahan perihal gagah:
dalam ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah;
pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu.