(Kimia) aluminium oksida semula jadi.
aluminium
sejenis logam yang ringan (rupanya seperti timah putih).
alumni
siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.
alun
ombak yang memanjang dan tidak memecah, ombak yang bergulung-gulung:
perahu itu berayun-ayun dilenggang ~;
beralun, beralun-alun
1. berombak memanjang:
air laut yang ~;
padi di sawah ~ -alun ditiup angin;
2. berbentuk tinggi rendah seperti ombak (berkenaan (dengan) rambut), berombak-ombak, ikal:
bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~;
3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (berkenaan (dengan) suara);
mengalun, mengalun-alun
1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai;
2. berirama tinggi rendah, beralun:
suara azan ~ ke udara;
mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dan lain-lain) beralun (berirama tinggi rendah):
~ suara menyanyikan sebuah lagu asli;
alunan
1. perihal (keadaan atau gerakan dan sebagainya) mengalun:
olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening;
2. irama atau rentak tinggi rendah:
~ suara biduanita yang terkenal.
alun-alun
[Jawa] tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten.
alung
1. sejenis permainan guli (permainan kanak-kanak);
2. [kata seru] kata yang digunakan dalam permainan guli ketika hendak melemparnya.
alur
1. lekuk memanjang (pada tanah, kayu, dan lain-lain), lurah;
~ di dalam redang tempat lalu perahu di dalam redang;
2. [Minangkabau] jalan (aturan adat) yang benar;
3. jalan (aturan, landasan, dan sebagainya) yang diikuti ke arah sesuatu matlamat dan lain-lain:
sudah jelas ~ matlamat perjuangan;
~ air aliran air (semacam parit kecil);
~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung;
~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yang sedang bergerak, keracak;
~ sungai dasar sungai yang lekuk dalam dan memanjang;
~ tanggam sejenis lurah sambungan pada perkakas kayu;
~ tenggala alur yang terjadi apabila membajak;
~ tengkuk lekuk di tengkuk;
~ bertempuh, jalan berturut (peribahasa) dilakukan menurut adat (kebiasaan yang lazim);
beralur
1. ada alurnya, berlekuk, berlurah:
laras senapang itu ~;
2. [Minangkabau] bermesyuarat (mencari jalan yang benar);
habis ~ maka beralu-alu (peribahasa) jika dengan jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan;
mengalur-alur (menjadi) seperti alur;
dadanya ~ dadanya seperti alur (ia kurus sekali);
aluran
1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dan lain-lain);
2. = ~ adat [Minangkabau] jalan adat yang sebenarnya (yang betul).
alur-alur
sejenis tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.
alusi
perbuatan membayangkan atau merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung.
alusmitai
halwa rambut.