altar

1. tempat mempersembahkan korban, mazbah;

2. meja yang digunakan semasa upacara Perjamuan Suci di gereja.

alter ego

(Latin)

1. (Psikologi) personaliti kedua seseorang, aku yang kedua;

2. sahabat yang rapat atau karib yang boleh dipercayai.

alternatif

1. pilihan yang merupakan kemestian (keharusan);
hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja;

2. satu pilihan antara dua kemungkinan.

altimeter

sejenis alat yang biasanya dipasangkan pada pesawat terbang untuk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dari aras laut.