aloe vera

1. sejenis tumbuhan yang termasuk dalam famili Liliaceace, daunnya yang panjang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yang mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya;

2. bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini yang mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan untuk membuat barangan kosmetik.

alofon

(Linguistik) bunyi yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem (bunyi), misalnya /k/ dalam kita dan kata.

alograf

(Linguistik) lambang tulisan yang berlainan yang merujuk kepada grafem yang sama, misalnya M dan m daripada grafem < M >.

aloi

logam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa, loyang, dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam (mis keluli).

alokasi

[Indonesia-Belanda] penentuan banyaknya barang dan lain-lain yang disediakan untuk sesuatu tempat (pembeli dan lain-lain), peruntukan.

along II

[bahasa percakapan] orang yang memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan bunga yang sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar.