[Arab] [arkaik] mahir, sangat pandai:
pensyarah-pensyarah yang ~.
alma mater
sekolah, maktab atau universiti yang pernah menjadi tempat belajar seseorang.
almaktub
kitab suci.
almalun
[Arab] [sastera lama] terkutuk.
almanak
1. kalendar tahunan yang mengandungi senarai hari bulan dengan maklumat lain (seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dan lain-lain);
~ nautika buku tahunan yang memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dan sebagainya;
2. buku yang berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yang perlu diketahui umum.
Almarhum
[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal.
Almarhumah
[Arab] kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang perempuan Islam, biasanya pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal.
almari
sejenis perabot yang bertingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan pakaian (barang-barang dan lain-lain).
almas
[Arab] intan.
almukhalis
[Arab] [arkaik] juruselamat, penyelamat.