(Geologi) tanah halus yang subur hasil daripada mendapan lumpur, pasir, selut dan sebagainya semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara, lanar.
alveolus
(Biologi)
1. pundi udara yang halus dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida;
2. rongga dalam rahang tempat tertanamnya akar gigi.
alwah
[Arab] kayu gaharu.
alwat
alwah.
am I
1. berkaitan dengan semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kepada orang atau golongan tertentu), umum (lawan khas):
hari kelepasan ~;
kebajikan ~;
orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa;
2. tidak terbatas atau terkhusus kepada sesuatu bidang (lapangan dan sebagainya) tertentu:
pengetahuan ~ ;
perkara-perkara ~;
mengamkan menyediakan dan sebagainya untuk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan).
Am II
simbol kimia bagi amerisium.
amah
perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah, orang gaji.
amal
1. apa sahaja yang dilakukan, perbuatan, pekerjaan:
banyak ~, sedikit bicara;
2. perbuatan baik (yang mendatangkan faedah kepada orang lain):
bersedekah ialah satu daripada ~ kebajikan;
~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh ajaran agama (seperti bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan lain-lain);
~ jariah perbuatan yang diredai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat (seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan, dan lain-lain), kebajikan kepada orang ramai;
beramal
1. berbuat amal, berbuat kebajikan:
ia seorang yang suka ~;
2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat:
tebal imannya dan rajin ~;
3. melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan;
mengamalkan
1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sebagai suatu kebiasaan):
pemuda itu ~ falsafah hidup baharu;
~ segala yang telah dipelajari;
kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen;
2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan):
~ bangun pagi-pagi dan bersenam;
~ makan buah-buahan tempatan;
amalan
1. sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan;
pada ~nya yang sebenarnya berlaku atau terdapat, pada praktiknya, pada kebiasaannya:
pada ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yang dibenarkan bergerak dalam sesebuah ladang;
2. perbuatan baik, kebajikan;
pengamalan
1. perihal mengamalkan:
~ sistem perhambaan;
2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu;
3. pelaksanaan;
pengamal orang yang bergiat dalam sesuatu profesion (sebagai pekerjaan sehari-harinya):
~ perubatan;
~ undang-undang.
amalgam
(Kimia) aloi merkuri dengan satu atau lebih bahan lain, untuk menampal gigi, membuat cermin, dan lain-lain;
~ zink aloi merkuri dan zink.
amali
berkenaan pelaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dan sebagainya), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan sebagainya:
selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~.