amal

1. apa sahaja yang dilakukan, perbuatan, pekerjaan:
banyak ~, sedikit bicara;

2. perbuatan baik (yang mendatangkan faedah kepada orang lain):
bersedekah ialah satu daripada ~ kebajikan;
~ ibadat
perbuatan mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan oleh ajaran agama (seperti bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan lain-lain);
~ jariah perbuatan yang diredai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat (seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan, dan lain-lain), kebajikan kepada orang ramai;

beramal
1. berbuat amal, berbuat kebajikan:
ia seorang yang suka ~;

2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat:
tebal imannya dan rajin ~;

3. melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan;

mengamalkan
1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sebagai suatu kebiasaan):
pemuda itu ~ falsafah hidup baharu;
~ segala yang telah dipelajari;
kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen;

2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan):
~ bangun pagi-pagi dan bersenam;
~ makan buah-buahan tempatan;

amalan
1. sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan;
pada ~nya yang sebenarnya berlaku atau terdapat, pada praktiknya, pada kebiasaannya:
pada ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yang dibenarkan bergerak dalam sesebuah ladang;

2. perbuatan baik, kebajikan;

pengamalan
1. perihal mengamalkan:
~ sistem perhambaan;

2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu;

3. pelaksanaan;

pengamal orang yang bergiat dalam sesuatu profesion (sebagai pekerjaan sehari-harinya):
~ perubatan;
~ undang-undang.

berkongsi