alat atau perantara komunikasi (perhubungan), seperti radio, televisyen dan akhbar ;
~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya;
~ cetak alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan (seperti surat khabar, majalah, dan lain-lain);
~ elektronik alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat elektron moden (seperti radio, televisyen, dan lain-lain);
~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah, dan sebagainya) yang dapat menyampaikan maklumat (berita dan sebagainya) kepada orang ramai dengan cepat (dalam masa yang singkat), sebaran am.
media
berkongsi