amar I

[Arab] perintah, suruhan (Tuhan, raja):
menurut ~ Allah;
~ makruf (nahi mungkar)
perintah supaya mengerjakan perbuatan atau amalan yang baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yang jahat);

mengamarkan memerintahkan, menyuruhkan;

amaran
1. perintah, suruhan;

2. peringatan (yang keras):
membuang kerja dengan tidak memberi ~ terlebih dahulu;
~ lisan
peringatan keras yang diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi).

amat I

sangat:
~ mahal;
~ terkejut;
~ sangat
tersangat, terlampau, terlalu;

memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat:
~ pukulan;

teramat tersangat, terlampau sangat:
yang ~ mulia;

keamatan
1. keadaan yang amat sangat;

2. darjah (kekuatan, kehebatan, dan sebagainya) yang amat tinggi.

amat II

mengamati, mengamat-amati
1. memerhatikan benar-benar, melihat dengan teliti:
ia ~ muka tunangannya;

2. meneliti, mengawasi:
segala gerak-geri orang yang dicurigai diamat-amati oleh polis;

pengamatan, pengamat-amatan pengawasan, penelitian:
daripada ~ saya yang sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yang bersalah;

pengamat pengawas.

amatur

berkenaan kegiatan (seperti sukan, kesenian, dan lain-lain) yang dilakukan sebagai suatu kegemaran dan bukan untuk mencari wang:
pelakon ~ sandiwara;
pemain bola ~.

amaturisme

faham bahawa sesuatu kegiatan, misalnya sukan, dilakukan bukan untuk mendapatkan ganjaran wang, tetapi untuk kepuasan dan keseronokan.

amaun

banyaknya, jumlah:
komoditi yang memerlukan ~ bahan yang berbeza untuk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai.